Monday 18 November 2013

Program Cuti Sekolah

Horrayyy....musim cuti sekolah bermula lagi. Hmmm...anak-anak bolehlah bersorak ye. Bagi mak-mak dan bapak-bapak pula, masa ni mulala pening kepala memikirkan apa pengisisan anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ni.

Bagi saya, seawal hari pertama cuti sekolah, anak sulung dan kedua dah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar atau ringkasnya MAP Training anjuran Dr. Tengku Asmadi. Bayaran sebanyak RM300 seorang untuk kursus selama 2 hari. Mungkin nampak macam mahal, tapi demi anak-anak, saya rela melabur. Feedback saya, Alhamdulillah. Memang ada kesan positif ke atas anak-anak saya. Walaupun tidaklah seperti magic, bertukar dalam sekelip mata, tapi ada perubahan positif. Contohnya, anak kedua saya, Muaz, menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. Sebelum ni, dia selalu merungut susah dan mudah putus asa. Tapi sejak semalam, bila ada masalah sikit, saya dengar dia akan cakap, Muaz pasti boleh! Saya rasa terharu...Dan dia ada pesan pada saya, jika saya melihat dia mula berputus asa, tunjukkan buku MAP Training tu pada dia supaya dia boleh jadi kembali bersemangat. Alhamdulillah. Mudah-mudahan, selepas ini, Muaz akan lebih yakin untuk menempuhi hari-hari mendatang sebagai pelajar.

Okey, bercakap tentang berfikiran positif.Dalam hidup kita ni, kita mesti selalu fikirkan perkara yang positif. Biar caj-caj positif yang selalu beredar di sekeliling kita. Fikirkan perkara yang baik-baik sahaja dan InsyaAllah, perkara-perkara yang baiklah yang akan beredar di sekeliling kita. Mungkin ada yang berpandangan bahawa, mana mungkin semua perkara baik je yang akan berlaku? Ya betul tu. Tidak semua perkara baik yang akan berlaku pada kita, tapi kita boleh tukarkannya kepada sesuatu yang positif. Contohnya, jika pada waktu malam, tiba-tiba elektrik di rumah kita terputus bekalan, apa nak buat ye? Jika sebelum ini, kita gunakan waktu itu untuk menonton tv, mungkin pada malam ini, kita boleh jadikan sesi bercerita kepada anak-anak di dalam samar-samar cahaya lilin? Pasti anak-anak akan terkenang akan situasi ini. Tapi jangan pula bawa cerita hantu ye...Hehehe...itu sekadar contoh.

Begitu juga dalam berbisnes. Tidak dinafikan, nak jadi usahawan ni bukan senang. Kena ada sekeping hati yang kental. Jangan mudah berputus asa. Yakin dengan rezeki yang Allah dah janjikan buat hambaNya yang berusaha. Dengan syarat kena USAHA ye....Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek ( ehh...betul ke peribahasa ni? Lantaklah...hahaha...janji korang paham kan?) 

Anak-anak semua dah tidur. Sekarang saya nak buat jadual waktu cuti sekolah untuk anak-anak. Alhamdulillah, saya tak perlu berebut masa dengan TV kerana rumah saya memang takde TV. Kalau anak-anak nak menonton cerita, saya atau suami cuma bagi tgk movie dalam PC je. But that will be as a reward kalau diorang berjaya dapat certain stars dalam carta reward diorang. May be lepas ni kami akan upgrade reward yang lebih best lagi.

Okey, selamat malam semua. Lepas dah siap jadual, nak gi telan ostematrix dulu sebelum tido supaya bangun tido esok pagi, badan lebih cergas. Dan tidak lupa juga, sesudu Vivix, si merah pekat ajaib, untuk maintain muda jelita...chewah...hehehe....

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Monday 11 November 2013

Kenapa saya pilih Shaklee?

Alkisah bermula apabila kawan baik saya masa di Universiti dulu selalu berkongsi tentang kebaikan ESP, salah satu produk yang paling laris dlm Shaklee. Teruja dengan testimoni yg dikongsi, maka saya pun mencuba ESP dan MealShakes. Bila dah minum, mmm....sedap. Tapi...sayangnya saya x konsisten. Minum bila teringat je. Hinggalah beberapa bulan selepas tu, K. Ani mula berkongsi tentang kenaikan bonusnya setiap bulan. Kebetulan pula waktu tu saya sedang merancang untuk berhenti kerja. Suatu hari, saya ter'lawat' blog Mama Faiz. Hehehe...'ter' tu. Teruja membaca kebaikan produk Shaklee dan bagaimana bisnes  ini boleh menjana pendapatan yang hebat, saya tergerak hati untuk mencuba. Siapa tahu, mungkin ini peluang saya untuk menjadi Working At Home Mom? Lalu saya pun terus contact K. Anie dan cakap nk join member. Masa tu promosi ESP dan saya terus grab 7 tin ESP. Sejak dari hari itulah, ESP menjadi sarapan wajib saya setiap hari.
Hasilnya... Saya memang berpuas hati. Rasa bertenaga sepanjang hari. Parut-parut juga cepat pudar. ESP mmg terbaik. No wonder ia menjadi pujaan ramai sampai habis licin stok satu Malaysia masa bulan promo tu.

Sebenarnya, sy dah lama kenal nama Shaklee. Seingat saya masa belajar lagi, mak saya dah makan Shaklee. Satu ayatnya yang saya ingat, "Shaklee ni mmg la molek, tapi harganya tu lah yang mahal". Mungin sebab mahal tu, mak sy x continue lg. Berbekalkan ayat mak saya dan testimoni2 pengguna Shaklee, sy mula yakin dengan produk ni dan selepas itu saya ingin berkongsi pula kebaikannya dengan semua orang. Benda baik mesti kena share kan?


Berbalik dgn kisah 'mahal' tadi, anda rasa Shaklee mahal ke? Saya nk kongsikan satu kisah saya dan kasut.

Dulu, bila saya beli kasut, biasanya harga dlm RM40-60 je. Dan biasanya setahun sy akan beli 2 psg kasut sbb kasut sy 6 bulan je dah rosak. Ada sekali tu, sy merancang utk beli kasut baru. Cari punya cari, akhirnya saya jumpa sepasang kasut but kulit berharga RM100 lebih. Dlm hati saya, ishhh...mahal jugak kasut ni. Tp sbb saya dah berkenan dgn designnya dan ia juga selesa dgn kaki saya, maka sy pun beli juga. Mmg selesa memakainya. Setiap hr sy pakai ke ofis, outing dan even ke pasar. Sedar tak sedar, 5 tahun saya pakai kasut yg sama tanpa berganti. Memang berbaloi!  Walaupun scr kasarnya hg kasut tu nampak mahal tp sy berjaya menjimatkan lebih kurang RM400 beli kasut baru selama 5 tahun. Jadi, nampak x di sini point sy?

Tak adil dilabel mahal jika hanya melihat pada harga. Lihatlah juga kualitinya. Shaklee amat menitikberatkan kualiti dalam setiap produknya. So, bagi saya Shaklee tidak mahal tetapi berbaloi. Its value worth every money you spent on it.


Berminat untuk mencuba supplement berkualiti tinggi dari Shaklee? Hubungi saya.

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Friday 1 November 2013

Pilihan Set Penyusuan Terbaik dari Shaklee

BREASTFEEDING

Berikut adalah empat set penyusuan popular utk pilihan anda:

1. Set B (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
• Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
• Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
• Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
• Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
• Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
• Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


2. Set Eu Four Pack (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
• Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
• Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
• Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
• Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
• Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.



3. Set E (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix dan Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
• Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M. Juga dikenali sebagai optimum set kerana ia mengandungi kesemua suplemen terbaik (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
• Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
• Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
• Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Sedikit info:

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Salam ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Wednesday 30 October 2013

Atasi masalah ketidakselesaan sendi dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, bila dah kena tu memang rasa tak selesa kan? Nak naik turun tangga memanglah seksa. Apatah lagi bila sambil mendukung anak. Saya dah pernah rasa dah. Tapi sekarang tak de dah sakit-sakit lutut ni selepas saya amalkan set Shaklee ni. 

Shaklee menawarkan Joint Health Set bagi mengekalkan kesihatan optimum sendi kita.



Jom kita tengok apakah manfaat setiap produk dalam set ini?

1. Advanced Joint Health Tablet

  • Mengandungi ekstrak Boswellia yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Bahan aktif uatama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Mengandungi ekstrak jagung yang merupakan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk mengingkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lender bagi melincirkan sendi.
  • Kandungan zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


2. Ostematrix

  • Menguatkan tulang. Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku dan gigi.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-lebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
  • Mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.
  • Mengandungi magnesium yang menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu system saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, menghalang endapan kalsium.
  • Mengandungi zinc, boron, manganes dan kuprum. Ia memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.


3. Omega Guard

  • Memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Justeru, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Membantu mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan mencegah gout dengan effektif.
  • Selain itu, omega guard juga membantu merendahkan kolesterol, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

So, selain daripada masalah sendi, kita juga boleh dapat banyak manfaat lain daripada set ni seperti hilangkan lenguh-lenguh badan dan kurangkan kolesterol. Tak ke best tu?

Saya dah amalkan set ni beberapa bulan lepas. Alhamdulillah dah sangat berkurang masalah sakit lutut saya. Sekarang, saya dah stop AJHT but still continue with Oste dan Omega untuk sumber kalsium (sebab saya tak suka minum susu) dan juga untuk kawal kolesterol.

Berminat nak tahu tentang produk Shaklee? Jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Tubuh anda, anda sendiri mesti membuat keputusan tentangnya.

Salam ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Tuesday 29 October 2013

Assalamualaikum semua.

Hari ni hari santai.
Sekadar ingin berkongsi luahan rasa sejak saya mula berjinak-jinak dengan online bisnes.
Semasa saya mula-mula menceburkan diri dengan bisnes Shaklee, kelihatannya ia mudah untuk dilakukan. Just sharing je apa yang kita tahu tentang kebaikan produk ini. Nampak cam mudah, kan? 

The truth is...it is more than that. Yes, sharing is easy but the discipline is not that easy. Proses mendidik hati belajar mensyukuri setiap rezeki yang kita dapat dan bukannya membilang apa yang kita tak dapat. Juga proses mendidik hati meletakkan sepenuhnya pergantungan rezeki kita kepada Allah s.w.t yang Maha Pemberi (Wahhab). Proses mendidik hati agar meletakkan Allah di tempat teratas, tempat No.1 di atas segala-galanya. Mungkin selama ini kita pandai bercakap bahawa kita cintakan Allah. Buktinya? Mampukah kita melazimi amalan tahajjud setiap hari? Ataupun setiap minggu?

Bisnes ini secara tidak langsung membuatkan saya sering mengkoreksi kembali setiap tindak-tanduk dan langkah saya dahulu. Saya bersyukur berada dalam grup Jutawan bimbingan MamaFaiz. 

Dengan bisnes ini, saya belajar untuk lebih mendisiplinkan diri saya sendiri. Walaupun masih tidak sempurna, namun saya tidak akan berhenti berusaha ke arah lebih baik. Alhamdulillah, dengan bisnes ini juga, saya berpeluang untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat, menjana pendapatan untuk membantu keluarga dan membantu membina jati diri ke arah insan yang lebih baik.

Pembaca semua, muhasabahlah diri kita setiap hari. 

Salam Ceria
Rina Zali
Shaklee Independant Distributor
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

CoQ10 boleh membantu anda kekal memiliki minda yang tajam dan aktif secara fizikal di usia emas.

Bersempena dengan promosi pembelian produk Shaklee secara online, baru-baru ini saya dapat percuma 2 botol CoQHealth Plus Shaklee. Ia merupakan produk keluaran terbaru Shaklee yang telah dilancarkan Jun yang lepas. Seronoknya. Benda free sapa tak suka kan? 


Apa benda CoQHealth Plus nih? Boleh rujuk artikel terdahulu saya di sini berkenaan CoQ10 yang merupakan kandungan utama produk ini. 

Dua hari lepas, saya ada menerima artikel berkenaan CoQ10 ke dalam mailbox saya. Jom kita tengok apa kata artikel tersebut yang telah saya terjemahkan secara lebih kurang.

****************************************************
Jika anda kini mula memasuki usia pertengahan, adakalanya anda mungkin mengalami masalah untuk mengingati beberapa peristiwa yang mungkin baru berlaku. Kadangkala, mencari perkataan yang sesuai dengan perbualan juga boleh menjadi sukar. (pernah tak kita asyik aaa...aaa...aaa masa bercakap? Haa...tu adalah tanda penuaan juga tu) Mungkin juga anda akan mula berasa pergerakan anda tidak lagi secergas dahulu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Universiti New York, penurunan fungsi kognitif dan motor seiring dengan penuaan adalah sesuatu yang normal dan tidak semestinya merupakan tanda –tanda awal Alzheimer.

Dalam sebuah kajian lain yang dibentangkan di Pennsylvania State University menemui bahawa sesetengah tanda-tanda kesukaran kognitif yang mudah yang mula berlaku pada usia pertengahan termasuklah kesukaran mengingati sesuatu perkara, menghadapi masalah untuk mencari perkata dalam perbualan dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah.

Berita baiknya ialah satu kajian baru yang telah diterbitkan di dalam satu jurnal menunjukkan bukti bahawa mengambil dos CoQ10 yang lebih tinggi mungkin boleh mengatasi masalah ini.

Saintis-saintis penyelidikan di Universiti Pusat Sains Texas Utara menggunakan tikus untuk menyiasat kesan CoQ10 ke atas keupayaan kognitif dan fungsi motor dengan member dos CoQ10 yang rendah (0.72mg) kepada sekumpulan tikus. Manakala, sekumpulan tikus lagi diberi dos yang lebih tinggi (28.1mg). Tikus0tikus ini menerima dos CoQ10 ini untuk tempoh selama 15 minggu. 

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tikus-tikus yang diberi dos CoQ10 yang rendah telah menunjukkan kemerosotan dalam memori dan keupayaan motor. Manakala, sekumpulan tikus lagi yang diberi dos CoQ10 yang lebih tinggi telah menunjukkan prestasi yang lebih baik. Satu analisis yang dibuat ke atas kimia badan tikus menunjukkan bahawa tikus-tikus yang memiliki dos CoQ10 yang tinggi sangat kurang mengalami kerosakan otak akibat daripada radikal bebas.

Manfaat CoQ10
Satu lembaran fakta yang diedarkan oleh Universiti Pusat Perubatan Maryland (link) menyebut lebih daripada 12 kajian yang menunjukkan manfaat CoQ10 seperti mencegah darah beku (blood clots), mengawal paras gula dalam darah dan memerangi kerosakan sel akibat proses penuaan.

Sumber artikel asal: www.multivitaminguide.orf/blog/coq10-prevents-cognitive-motor-declines/

Sumber rujukan lain: http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/coenzyme-q10 

******************

Okey, dah tahu apa kelebihan CoQHealth Plus? Kalau berminat nak cuba, bolehlah hubungi saya ye. Tak nak pun tak apa. Bukan nak suruh beli pun. Kesihatan diri kita, kitalah yang buat keputusan ye tak?

Salam ceria

Rina Zali
Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Monday 7 October 2013

Membina kulit yang lebih muda dengan Shaklee Collagen Powder

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Apa kelebihan Shaklee Collagen Powder berbanding kolagen lain?

1. Saiz molekul yg sangat rendah, hanya 1000 dalton membantu penyerapan yang lebih efektif. 

2. Diekstrak daripada sisik ikan merah. Kenapa ikan merah? Kerana ia mampu tinggal di lautan dalam hingga 5000 m di bawah aras laut. Justeru, ia merupakan sumber kolagen yg sangat lasak dan elastik. 

3. Selain kolagen, ia juga mengandungi 6 bahan aktif yg lain iaitu:

  • ekstrak kulit kerangan laut tg mengandungi glukosamina bg membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi. 
  • lactobacillus acidiphilus yg membantu meningkatkan penyerapan kolagen
  • ekstrak biji camellia japonica. Ia membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • estrak pfaffia untuk mengurangkan masalah keguguran rambut, mengawal ketidaksemibangan hormon. 
  • vitamin c sebagai penggalak pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas 
  • vitamin b2 dan b6 yg akan bergabung dengan kabohidrat, lemak dan metabolisme protein untuk membantu pengeluaran kolagen dlm sel tubuh.



Kesan SCP ke atas saya sendiri? Alhamdulillah. Hasilnya memang mabelesss....Kulit memang jadi lebih halus. Rasa cam best je usap badan sendiri. Hahaha...Kalau tak caya, boleh cuba sendiri.Bulan Oktober ni ada promosi. Boleh jimat banyak tu.Saya ni cuma nak share je ke'best'an guna SCP ni. Bukan nak suruh beli pun. Alang-alang saya sendiri dah rasa kebaikannya, apalah salahnya berkongsi maklumat kan. 

Berminat untuk mencuba supplement Shaklee yang berkualiti tinggi? Hubungi saya.

Wan Norhasrina Wan Ghazali

Shaklee Independant Distributor
 ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Sunday 6 October 2013

Energizing Soy Protein...Sumber protein terbaikkk

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ? 

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?
Badan kita memerlukan protein untuk membesar. Ia merupakan satu bahan asas dalam semua sel hidup blok-blok yang membina organ dalam badan. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
-membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
-menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
-kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
-indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Credit: Cery Mama Faiz


Selain itu, ESP juga boleh bertindak sebagai pembekal tenaga. Segelas ESP setiap pagi mampu memberi rasa kenyang yang lebih tahan lama. Jadi anda tidak perlu mengambil sarapan yang berat. Untung bagi yang sedang berdiet!.
Ia juga membantu keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Berminat untuk mencuba supplement bermutu tinggi daripada Shaklee? Hubungi saya.
Wan Norhasrina Wan Ghazali
Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Saturday 5 October 2013

Omega Guard Mencairkan Styrofoam?

Semalam saya dikunjungi seorang sahabat lama masa Form 3 dulu. After 20 years....

Dalam dok bersembang-sembang, dia ada tunjukkan demo produk kesihatan dia pada saya bila dia nampak stok Shaklee saya bertimbun di almari. Saya memang tahu bahawa dia merupakan salah seorang dealer satu company MLM.

So, nak dijadikan cerita, dia membuat eksperimen yang menunjukkan bahawa Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan sintetik kerana ia menyebabkan styrofoam mencair. Mula-mula saya terkejut gak. Mmm.. takkanlah Omega Guard Shaklee ni berbahaya. But at that time, I have no comment because saya x de info. Huhuhu....

Bila kawan saya tu dah balik, so, saya pun memulakan pencarian fakta sebenar. Oooo...rupanya memang dah heboh pasal styrofoam test ni sebenarnya. Saya je yang x tahu. Ish...ketinggalan keretapi betul...

Dipendekkan cerita, after dah google sume, jadi sapay dapatlah jawapannya. Rupa-rupanya eksperimen mencairkan styrofoam tu hanya GIMIK semata-mata!!! Ia tiada kaitan langsung dengan bahaya atau tidaknya Omega Guard atau mana-mana minyak ikan yang ada di pasaran. Ia sebenarnya disebabkan oleh kadar pelarutan polimer. Saya pun tak reti nak terangkan camana sebab saya bukan orang sains. Hehehe...

Ini antara jawapan yang saya baca kat internet. Untuk source asal, boleh tengok kat sini

"Styrofoam® (polystyrene) cups can be dissolved by pure fish oils. All fish oils will have this same effect on polystyrene, but some will take much longer than others. Various healthy natural substances, like fresh lemon oil, will also dissolve polystyrene. In the Styrofoam® cup test, the esterified ethyl ester form of fish oil works to dissolve Styrofoam® much faster than the triglyceride form simply because the number of chemical bonds in the two forms of oil are different; with ethyl ester fish oil having its number of bonds closer to that of Styrofoam®. This similar chemical polarity is the same reason why pure lemon oil also works quickly to dissolve Styrofoam®. No solvents are used to produce the fish oils, so none are present in the finished products. This magic trick does not translate into any legitimate safety concerns, despite its obvious visual impact. Fortunately, the human body is not composed of polystyrene and is not negatively affected by fish oils in its commonly available forms"

Anda juga boleh rujuk jawapan lain di link ini.

Mmm... saya berterima kasih kepada kawan saya tu kerana dia membantu saya dapat satu ilmu baru. Now, I know, which fish oil has higher EPA and DHA.That's why I love Shaklee.

Inilah dia Omega Guard yang menjadi santapan harian saya, suami dan anak-anak.




Anda semua berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee atau produk-produk Shaklee berkualiti tinggi yang lain? Boleh hubungi saya.

Wan Norhasrina
Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Thursday 5 September 2013

Lindungi Jantung Anda dengan CoQ Health Plus Shaklee

Bersempena dengan promosi CoQ Health Plus pada bulan September ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang produk hebat keluaran terbaru Shaklee ini. CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.


Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Antara salah satu kebaikan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.


Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi 
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

CoQ Health Plus Shaklee bukan hanya sekadar mengandungi CoQ10. Ia juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau. Itulah kelebihan CoQHealth Plus Shaklee. Ia sesuai diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini atau produk-produk Shaklee yang lain, silalah hubungi saya.

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Sunday 25 August 2013

Kawal Diebetes dengan Shaklee

Gaya hidup hari ini membuatkan semakin ramai rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis dan angka ini mungkin akan terus meningkat jika tidak dibendung. Penyakit kencing manis boleh mengakibatkan:


  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Ketidakupayaan fungsi saraf


Shaklee menawarkan Program Shaklee Diabetes Care yang membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis.

Kebaikan:


  • Mengekalkan paras normal gula dalam darah*
  • Menggalakkan kesihatan jantung*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semut*
  • Membantu dalam penyembuhan luka*


Set ini mengandungi:


  1. GLA Complex - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  2. Vitamin C - Anti-oksida semulajadi. Beruapaya mengekalkan sel-sel yang sihat dan mengukuhkan kapilari dan salur darah.
  3. Zinc Complex - Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka
  4. Vita-Lea Iron Formula - Untuk imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
  5. Energizing Soy Protein (dalam bentuk serbuk) - Membantu mengekalkan paras gula dalam darah mengikut keperluan tubuh dengan Indeks Glisemiks yang rendah. Ia juga membantu memberikan rasa kenyang, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
Jika anda merasakan pil-pil di atas terlalu banyak untuk ditelan, cubalah Vivix. Ia lebih mudah dan berkesan. Harganya memang lebih mahal tetapi berbaloi-baloi. Malah, anda juga akan kelihatan lebih muda kerana Vivix ialah produk anti-penuaan yang terhebat yang pernah dihasilkan oleh Shaklee. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat? Sila hubungi saya untuk harga istimewa.

Salam Ceria,
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Thursday 22 August 2013

Gaya hidup sihat

Anda fikir anda cukup sihat? Bagiamana corak pemakanan dan pola kehidupan anda sekarang? Adakah anda...
- sering makan di luar?
- kurang bersenam?
- banyak mengadap komputer?
- banyak mengambil makanan berlemak?
- selalu stress?
- sering mengambil minuman berkafein?

Jika jawapannya ialah ya, tak mustahil anda akan ditimpa penyakit kronik sperti diabetes, sakit jantung dan darah tinggi. Adalah dianggrakan bahawa kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia, bakal menghidap penyakit diabetes.(klik di sini untuk sumber asal). . Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit darah tinggi, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996 (sumber asal). Satu angka yang menggerunkan. Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada statistik tersebut? Sudah tentu tidak, bukan?


Jadi, mulakan langkah-langkah pencegahan dari sekarang. Antara langkah pencegahan yang perlu anda lakukan ialah:
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu 
  • Kurangkan pengambilan gula, garam, kafein,rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu.
  • Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E.B Complex.


Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee. kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting ianya vitamin semulajadi yang mudah diserap berbanding vitamin sintetik.












Berminat untuk mencuba vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang dan dapatkan konsultasi pemakanan percuma.

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Wednesday 21 August 2013

Vitamin untuk migrain

Anda menderita sakit kepala yang teruk atau lebih dikenali sebagai migrain?
Apakah sebenarnya punca migrain? 

Sebenarnya, punca migrain tidak dapat dikenalpasti. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh faktor keturunan. Walau apapun penyebabnya, bila migrain menyerang,sakitnya tidak tertahan. Saya masih ingat sewaktu saya masih kecil, kakak saya selalu diserang migrain. Tapi masa tu, saya pun tak tahu nak buat macam mana.

Saya bertemu dengan satu artikel yang membicarakan tentang supplement untuk migrain. Berikut saya ringkaskan isi kandungan daripada artikel asal di sini.

1. Magnesium
Badan manusia dewasa mengandungi kira-kira 24 gram magnesium. Magnesium memainkan peranan yang penting dalam pelbagai proses fisiologi dan oleh itu ia adalah komponen penting dalam diet yang sihat. Ia diserap melalui saluran gastrousus (perut), dengan lebih diserap apabila kandungan dalaman adalah lebih rendah. Magnesium juga memudahkan penyerapan kalsium.
Rempah, kacang, bijirin, kopi, koko, teh, dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan magnesium. Sayur-sayuran berdaun, serta bijirin dan kacang, umumnya mempunyai kandungan magnesium yang lebih tinggi daripada daging dan produk tenusu.
Tidak ada kesan negatif telah dikaitkan dengan pengambilan magnesium sebagai bahan semulajadi dalam makanan. Walau bagaimanapun, kesan negatif telah dilihat dengan pengambilan magnesium yang berlebihan akibat daripada penggunaan pelbagai garam magnesium untuk tujuan farmakologi / perubatan. Manifestasi utama pemakanan yang berlebihan magnesium daripada sumber bukan makanan adalah cirit-birit, yang boleh dihentikan apabila anda berhenti mengambil magnesium.
Kesan-kesan sampingan daripada pengambilan magnesium tidak selau berlaku kerana badan kita lazimnya akan mengeluarkan jumlah magnesium yang berlebihan.

Kegunaan dalam merawat migrain
Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit migrain mempunyai magnesium otak yang rendah semasa serangan migrain. Selain itu, kekurangan magnesium juga boleh menjadi penyebab kepada migrain semasa haid . Dua ujian terkawal telah menunjukkan bahawa pengambilan suplemen magnesium secara oral adalah berkesan dalam pencegahan sakit kepala . Terdapat satu lagi kajian yang menunjukkan keputusan yang negative. Namun, keputusan itu telah dikaitkan dengan kurangnya penyerapan magnesium kerna berlaku cirit-birit kepada hampir semua pesakit dalam kumpulan kajian.
 Secara umum, ujian diterbitkan membuahkan hasil yang bercampur-campur, dengan kesan yang baik dilaporkan untuk rawatan akut pesakit dengan aura dan pencegahan migraine.
Keberkesanan Magnesium ini mungkin bergantung kepada "dos yang tinggi" tambahan (lebih 600mg) untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan untuk mencapai apa-apa manfaat daripada terapi pencegahan.

2. Coenzim Q10 (CoQ10)
Coenzim Q10 (CoQ10) sering digambarkan sebagai vitamin, atau bahan seperti vitamin. CoQ10 yang terlibat dalam penciptaan unsur-unsur penting dalam badan yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP). ATP berfungsi sebagai sumber tenaga utama dalam sel dan mendorong beberapa proses biologi termasuk pengecutan otot dan pengeluaran protein. CoQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan.
Beberapa sumber makanan, seperti daging dan ikan, mengandungi CoQ10 tetapi jumlah dalam makanan secara semula jadi kurang daripada yang boleh diperolehi daripada makanan tambahan. Sumber utama pemakanan CoQ10 termasuk ikan berminyak (seperti salmon dan tuna), daging organ (seperti hati), dan bijirin penuh. Kebanyakan individu mendapat jumlah yang mencukupi CoQ10 melalui pemakanan yang seimbang, tetapi supplements  mungkin berguna untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Tiada ketoksikan telah dilaporkan dengan makanan tambahan sehingga 600 mg bagi setiap kg berat badan. Kesan sampingan kecil yang mungkin berlaku (tetapi yang luar biasa) termasuk sensasi membakar dalam mulut, hilang selera makan, loya dan cirit-birit. Dalam kajian besar kejadian gastrousus kesan sampingan adalah kurang daripada 1%.

Kegunaan untuk migrain
32 pesakit didiagnosis sebagai mempunyai migrain dengan atau tanpa aura telah dirawat dengan CoQ10 pada dos 150 mg setiap hari dalam eksperimen terkawal . Tiada peristiwa buruk dikaitkan dengan terapi CoQ10 dalam mana-mana peserta percubaan. Hasil daripada rawatan, 61.3% daripada pesakit yang dirawat mempunyai pengurangan yang lebih besar daripada 50% dalam beberapa hari dengan sakit kepala migrain. Hanya dua peserta tidak menunjukkan peningkatan dengan terapi CoQ10 dalam intensiti sakit kepala migrain mereka berbanding dengan bacaan awal. Purata bilangan hari dengan sakit kepala migrain pada permulaan fasa bukan rawatan adalah 7.34 dan ini menurun kepada 2.95 hari pada akhir tempoh rawatan. Pengurangan dalam kekerapan migrain selepas 1 bulan rawatan adalah 13% dan ini meningkat kepada 55% menjelang bulan terapi. Data yang dibentangkan dalam perbicaraan ini mencadangkan bahawa CoQ10 mula bekerja dalam masa 4 minggu tetapi biasanya mengambil masa 5 hingga 12 minggu untuk menghasilkan pengurangan yang ketara. 

3. Riboflavin
Riboflavin, juga dikenali sebagai vitamin B2, yang terdapat dalam jumlah yang kecil dalam banyak makanan. Ia diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga, dan seperti CoQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan dengan menyerap radikal bebas yang merosakkan.
Daging tanpa lemak, telur, kekacang, kacang, sayur-sayuran berdaun hijau, produk tenusu, dan susu menyediakan riboflavin dalam diet. Roti dan bijirin sering diperkuatkan dengan riboflavin. Kerana riboflavin dimusnahkan oleh cahaya, makanan dengan riboflavin tidak boleh disimpan di dalam bekas kaca terdedah. Riboflavin adalah stabil apabila dipanaskan tetapi akan larut ke dalam air masak, dan proses pempasteuran menyebabkan susu kehilangan kira-kira 20% daripada kandungan riboflavinnya. Alkali, seperti baking soda, juga memusnahkan riboflavin.

Kegunaan untuk migrain
Dalam kajian yang melibatkan hanya riboflavin sahaja, Schoenen dan lain-lain mengkaji 55 pesakit migrain dan melaporkan bahawa 59% daripada peserta yang mengambil 400 mg / riboflavin hari selama 3 bulan mengalami sekurang-kurangnya 50% pengurangan dalam serangan migrain . Pengurangan statistik yang signifikan dalam kedua-dua kekerapan migrain dan bilangan hari sakit kepala dilaporkan. Kesan sampingan yang dilaporkan dari kajian adalah cirit-birit dan polyuria (lulus dalam jumlah yang besar air kencing), kedua-duanya berlaku dalam jumlah yang sangat rendah.

Ketiga-tiga nutrien di atas boleh didapati dalam Ostematrix, B-Complex dan yang terbaru CoQHealth daripada Shaklee. So, kepada anda yang menderita migrain, boleh cuba mengamalkan ketiga-tiga supplement tersebut untuk membantu mengurangkan masalah migrain anda. Selamat mencuba.

Salam Ceria

Rina Zali 

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Tuesday 20 August 2013

Vitamin E untuk cantikkan kulit.

Ramai orang yang tahu bahawa Vitamin E adalah baik untuk kulit kita, tetapi tidak ramai orang boleh memberitahu apa yang dilakukan oleh nutrien ini secara khusus - vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit kita.

Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, sejenis molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. 
Atom –atom daripada badan kita cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron yang menjadikan mereka stabil. Jika atom mempunyai bilangan ganjil elektron, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit kita terdedah dengan factor-faktor luaran seperti sinar ultraviolet matahari, badan kita boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan elektron tidak sekata. Lalu apabila ia terbentuk di dalam badan kita, ia mencuri elektron daripada sel-sel yang sihat yang membina kulit kita. Ini boleh menyebabkan tindak balas rantai yang merosakkan. Di sinilah letaknya fungsi  Vitamin E untuk meneutralkan kesan oksida radikal bebas ini. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. 


Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling berkuasa, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Ini bermakna, kita perlu memastikan kita mendapat cukup nutrien ini dalam diet kita. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika kita tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan, boleh membantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan kepada DNA kita. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin E dalam jangka masa panjang juga boleh mengurangkan kesan ‘sunburn’ akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB.  

Vitamin E pilihan saya tentunya daripada Shaklee. Ia dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. Dilengkapi dengan selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee, sila-silalah contact saya ye.

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Monday 29 July 2013

Rasa lebih bertenaga dengan Breasfeeding Set Shaklee




Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Ada kesempatan malam ini untuk nak update blog. Semalam tak dapat tidur sebab anak tak sihat. Bulan puasa ni memang selalu termiss Omega Guard. Kena pulak dengan musim jerebu yang kembali melanda. Kesian Muhammad, anak saya yang sulung. Diserang lelah semalam. Tak dapat nak tidur lena sekali ngan mak dia.  Sebenarnya dah lama dia tak diserang lelah ni. Kali terakhir saya dah tak ingat bila. Alhamdulillah Meal Shakes dan Omega Guard banyak membantu. Tapi tulah...maknya ni culas pulak nak bagi makan bulan puasa ni. Huhu....

Kali ni saya rasa nak kongsikan satu kisah benar pelanggan Shaklee yang menggunakan set menyusu basic yang saya petik dari blog MamaFaiz.com.


"Salam kak cery...hi...
arini sy bergembira sbb ade news yg menggembirakan walaupun sebenarnya x gembira sangat disebabkan hubby masih lg dekat ward..huhu
ok, sblm tu sy nk story dl ttg vitamin shaklee...sy dh consume set B dh hampir 2 bulan lbh...ms bulan pertama sy cuma beli trial pack sbb nk cuba je..first sy consume mmg sy rs perbezaan sbb susu makin bertambah...ms awal2 dulu (before consume shaklee) sy blh pum 20oz dlm satu ari...bila muhammad dh 11 bulan, satu hari sy pum cuma blh dapat 10oz shj...sikit kan...then sy dpt thu shaklee ni dari kawan sy, Siti Amilia Yaman..die suggestkan sy consume shaklee dan kenalkan saya dgn kak cery..hihi..thanx Amy...bl dh consume shaklee sy boleh maintain pum susu 20oz sehari..syukur alhamdulillah...tp bukan setakat tu je tau...ade lg benefit yang lain...badan xrs penat, rs bertenaga je...pastu keputihan hilang, setel masalah...

sy mmg ade keputihan since blm kawin, bl pregnant sy mengalami keputihan yg melampau hingga kegatalan...kalaulah sy kenal shaklee ni dh lama...mesti masalah sy dh lama selesai..xperlu masukkan ubat utk buang keputihan tu..syukur alhamdulillah sbb dh xpyh pkai pantyliner lg..hehehe..jimat duit...so, bila abis trial pack, sy beli fullpack set B...mmg nampak mahal tp sy rs berbaloi2 sgt..sbb blh tahan smpi 4bulan...dan byk benefit yg sy dpt..hehehe

Dan ape yg menggembirakan sy arini adalah...jeng jeng jeng..hehehe...ade lg benefit ni selain dr yg kt atas tu...ms sy melawat hubby kt hospital putra bp, ade nurse tnye hubby umur sy dan umur hubby...then hubby tnye knp..? nurse2 tu bgthu "wife abang nmpk muda lah, xsangka dh ade anak yg semangat tu.." hehehe...wahhh, hubby bangga ok and jeles!!! hahaha...penangan makan vitamin2 shaklee ni..sukanyaaa...kalau mcm ni lah, mmg sy xkan miss makan vitamin shaklee ni..hehehe...btw, thanx kak cery sbb kongsi dgn sy psl vitamin2 ni semua...hehehe..."

Itulah cerita Hana yang merupakan pelanggan kepada MamaFaiz. Terima kasih Hana kerana sudi berkongsi cerita gempira.

Nak tahu apa kandungan set basic ni? Ia terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C dan Alfalfa.



Vita-Lea membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Bila menyusu, for sure badan kita memerlukan banyak sumber khasiat tambahan bagi menampung khasiat yang telah habis digunakan oleh badan. Jika tidak, nanti badan kita akan rasa lemah, tidak bertenaga. Sebab itulah lama-lama kelamaan, susu badan pun boleh jadi berkurangan.

B-Complex pula mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B penting. Ia menukarkan makanan menjadi tenaga menjadikan badan kita kekal bertenaga. Selain itu, B-complex juga boleh membantu mengurangkan stress. Kan ke best tu?

Vitamin C memang telah diketahui umum boleh membantu sistem imunisasi tubuh. Oleh yang demikian, badan kita tidak mudah terkena jangkitan penyakit.

Akhir sekali, Alfalfa. Ia mempunyai akar tunjang yang menjalar jauh sehingga 6 kaki ke dalam tanah. Oleh yang demikian, ia mampu menyerap nutrien dalam yang terdapat jauh di dalam tanah. Alfalfa terkenal mampu menggalakkan penghasilan susu. Selain itu, ia juga bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita. 

Berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee dengan harga yang special murah? Boleh hubungi saya atau boleh saja kunjungi sendiri mana-mana cawangan Shaklee berdekatan anda untuk mendapatkannya dengan harga ahli menggunakan ID saya, 881678. 

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Friday 26 July 2013

Perlu ke supplement untuk menyusu?

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni saya ada terbaca satu post di FB berkenaan satu komentar yang dibuat oleh seorang kaunselor laktasi apabila ditanya tentang persoalan di atas. Antara komen yang disebut ialah strategi-strategi pemasaran yang dibuat oleh peniaga-peniaga supplement penyusuan membuatkan ramai ibu-ibu yang kurang yakin bahawa tubuh mereka secara tabiinya, mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Pendedahan testimoni-testimoni yang positif tanpa menyelitkan testimoni negatif para pengguna yang gagal mendapatkan susu yang banyak biarpun setelah menggunakan suplement.

Hati saya rasa terpanggil untuk memberi komen saya berkenaan hal ini.

Sebenarnya, memang ibu-ibu tidak memerlukan supplement untuk menyusu. Benar katanya, bahawa badan ibu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan susu ibu. Namun, situasi hari ini dengan ibu yang berkerjaya, faktor pemakanan yang tidak seimbang mungkin mempengaruhi penghasilan susu ibu. Justeru, pemakanan tambahan merupakan satu langkah sokongan untuk membantu para ibu di luar sana menjayakan penyusuan mereka.

Strategi memaparkan testimoni yang positif saja adalah sangat normal dalam pemasaran. Mana ada penjual yang meletakkan testimoni negatif? Sebenarnya testimoni itu untuk membuktikan bahawa produk ini telah berjaya membantu mereka yang sebelumnya mengalami masalah. Setelah merasai sendiri kebaikan sesuatu produk, sudah tentu kita rasa seronok jika dapat menyebarkan kebaikan itu kepada orang lain yang memerlukan. Jika si ibu tidak mengalami masalah penyusuan, alhamdulillah. Namun, jika benar ada ibu yang mengalami masalah susu yang sedikit walaupun semangat dan azam berkobar-kobar untuk menyusukan anaknya, tentu tak salah jika mereka yang mempunyai bajet ingin mendapatkan sokongan daripada set penyusuan.

Tambahan pula, bagi pelanggan-pelanggan set menyusu Shaklee, selain dari memperbanyakkan susu, ramai yang dapat bonus lain seperti rasa badan lebih bertenaga, kulit yang lebih halus dan cantik, berjaya mengurangkan berat badan dan sebagainya. Ini merupakan satu bonus yang hebat!!!. Pengakuan pelanggan-pelanggan ini tidak harus dinafikan kerana ia memang benar-benar berlaku.

Kesimpulannya, para ibu di luar sana yang masih berfikir sama ada perlukan supplement atau tidak, jawapannya tanya diri anda sendiri. Usah terpengaruh dengan iklan-iklan secara membuta-tuli. Yang anda perlukan ialah ilmu penyusuan. Rajin-rajinlah mengepam apabila berjauhan dengan bayi. Ramai ibu yang bila sudah mula bekerja, mula culas sesi mengepam. Inilah merupakan faktor terbesar kemeruduman susu selain daripada pengambilan air kosong yang kurang.

Salam Ceria

Rina Zali