Friday, 26 July 2013

Perlu ke supplement untuk menyusu?

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni saya ada terbaca satu post di FB berkenaan satu komentar yang dibuat oleh seorang kaunselor laktasi apabila ditanya tentang persoalan di atas. Antara komen yang disebut ialah strategi-strategi pemasaran yang dibuat oleh peniaga-peniaga supplement penyusuan membuatkan ramai ibu-ibu yang kurang yakin bahawa tubuh mereka secara tabiinya, mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Pendedahan testimoni-testimoni yang positif tanpa menyelitkan testimoni negatif para pengguna yang gagal mendapatkan susu yang banyak biarpun setelah menggunakan suplement.

Hati saya rasa terpanggil untuk memberi komen saya berkenaan hal ini.

Sebenarnya, memang ibu-ibu tidak memerlukan supplement untuk menyusu. Benar katanya, bahawa badan ibu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan susu ibu. Namun, situasi hari ini dengan ibu yang berkerjaya, faktor pemakanan yang tidak seimbang mungkin mempengaruhi penghasilan susu ibu. Justeru, pemakanan tambahan merupakan satu langkah sokongan untuk membantu para ibu di luar sana menjayakan penyusuan mereka.

Strategi memaparkan testimoni yang positif saja adalah sangat normal dalam pemasaran. Mana ada penjual yang meletakkan testimoni negatif? Sebenarnya testimoni itu untuk membuktikan bahawa produk ini telah berjaya membantu mereka yang sebelumnya mengalami masalah. Setelah merasai sendiri kebaikan sesuatu produk, sudah tentu kita rasa seronok jika dapat menyebarkan kebaikan itu kepada orang lain yang memerlukan. Jika si ibu tidak mengalami masalah penyusuan, alhamdulillah. Namun, jika benar ada ibu yang mengalami masalah susu yang sedikit walaupun semangat dan azam berkobar-kobar untuk menyusukan anaknya, tentu tak salah jika mereka yang mempunyai bajet ingin mendapatkan sokongan daripada set penyusuan.

Tambahan pula, bagi pelanggan-pelanggan set menyusu Shaklee, selain dari memperbanyakkan susu, ramai yang dapat bonus lain seperti rasa badan lebih bertenaga, kulit yang lebih halus dan cantik, berjaya mengurangkan berat badan dan sebagainya. Ini merupakan satu bonus yang hebat!!!. Pengakuan pelanggan-pelanggan ini tidak harus dinafikan kerana ia memang benar-benar berlaku.

Kesimpulannya, para ibu di luar sana yang masih berfikir sama ada perlukan supplement atau tidak, jawapannya tanya diri anda sendiri. Usah terpengaruh dengan iklan-iklan secara membuta-tuli. Yang anda perlukan ialah ilmu penyusuan. Rajin-rajinlah mengepam apabila berjauhan dengan bayi. Ramai ibu yang bila sudah mula bekerja, mula culas sesi mengepam. Inilah merupakan faktor terbesar kemeruduman susu selain daripada pengambilan air kosong yang kurang.

Salam Ceria

Rina Zali


No comments:

Post a Comment