Showing posts with label Multivitamin. Show all posts
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Pilihan Set Penyusuan Terbaik dari Shaklee

BREASTFEEDING

Berikut adalah empat set penyusuan popular utk pilihan anda:

1. Set B (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
• Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
• Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
• Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
• Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
• Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
• Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


2. Set Eu Four Pack (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
• Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
• Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
• Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
• Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
• Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.



3. Set E (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix dan Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
• Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M. Juga dikenali sebagai optimum set kerana ia mengandungi kesemua suplemen terbaik (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
• Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
• Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
• Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Sedikit info:

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Salam ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Thursday, 22 August 2013

Gaya hidup sihat

Anda fikir anda cukup sihat? Bagiamana corak pemakanan dan pola kehidupan anda sekarang? Adakah anda...
- sering makan di luar?
- kurang bersenam?
- banyak mengadap komputer?
- banyak mengambil makanan berlemak?
- selalu stress?
- sering mengambil minuman berkafein?

Jika jawapannya ialah ya, tak mustahil anda akan ditimpa penyakit kronik sperti diabetes, sakit jantung dan darah tinggi. Adalah dianggrakan bahawa kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia, bakal menghidap penyakit diabetes.(klik di sini untuk sumber asal). . Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit darah tinggi, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996 (sumber asal). Satu angka yang menggerunkan. Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada statistik tersebut? Sudah tentu tidak, bukan?


Jadi, mulakan langkah-langkah pencegahan dari sekarang. Antara langkah pencegahan yang perlu anda lakukan ialah:
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu 
  • Kurangkan pengambilan gula, garam, kafein,rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu.
  • Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E.B Complex.


Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee. kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting ianya vitamin semulajadi yang mudah diserap berbanding vitamin sintetik.












Berminat untuk mencuba vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang dan dapatkan konsultasi pemakanan percuma.

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Monday, 22 July 2013

25 Tanda Sakit

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Alhamdulillah, dah dua minggu kita berpuasa. Rasa sekejap je masa berlalu, kan? Sebelum kita menempuh lagi 2 minggu bulan yang penuh barokah ini, marilah sama-sama kita pause sekejap. Cek balik 2 minggu lepas yang telah kita lalui. Berapa banyak surah Al-Quran yang telah kita baca dan tadabbur? Ada tinggal solat sunat tarawih? Berapa malam kita hidupkan qiyam? Semua tu tanya balik diri kita. Mari sama-sama kita gandakan usaha untuk dua minggu yang terakhir ni. 


Sebagai perkongsian kali ini, saya nak bawakan satu artikel tentang kesihatan yang telah ditulis oleh Penolong Pendaftar, Bahagian Keselamatan dan Kezihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis. Artikel ini sangat baik untuk kita kenal pasti jenis-jenis masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh badan kita.


_______________________________________________

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi tanda yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

________________________________________________________________

Jika anda mengalami simptom-simpton di atas, jumpalah doktor untuk mengenalpasti penyakit anda yang sebenar. Baru saya tahu bahawa perubahan emosi kita juga turut dipengaruhi oleh kelemahan fungi organ badan. Jadi, kalau rasa cepat nak marah tu, cuba-cubalah periksa tekanan darah anda, ye.

Bagi mencegah penyakit-penyakit akibat kekurangan zat tertentu makanan, anda boleh cuba mengamalkan pemakanan tambahan yang semulajadi. Saya memilih pemakanan tambahan jenama Shaklee dalam diet harian saya. Alhamdulillah, sejak beberapa bulan selepas pengambilan Vita-Lea, Vitamin C dan B-Complex, saya jarang dijangkiti selsema ataupun demam lagi. Anak-anak saya pun begitu juga selepas saya berikan mereka Meal Shakes dan Omega Guard. Syukur.

Jika anda juga ingin mencuba kebaikan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya, pengedar Shaklee, atau boleh dapatkan sendiri produk tersebut di cawangan Shaklee berhampiran anda dengan menggunakan ID saya, 881678.

Akhir sekali, selamat meneruskan ibadah puasa dan ibadah lain di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Salam Ceria
Rina Zali

Wednesday, 17 July 2013

Vita-Lea Iron Formula, Multivitamin Tertua

Alhamdulillah. Dah masuk hari kesembilan berpuasa. Baru berpeluang nak menjengah blog. Macamana puasa pemabaca semua? Hopefully Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Sebabnya belum tentu kita akan jumpa Ramadhan lagi untuk tahun yang akan datang, kan?

Kali ni saya nak bercerita tentang supplement yang saya ambik setiap hari iaitu Vita-Lea. Haa.. Kalau nak tahu, Vita-lea ni adalah multivitamin yang paling awal pernah dicipta. Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.Ni dia senarai nutrisi yang terkandung dalam Vita-Lea.





Bila ambik Vita-lea ni, badan rasa bertenaga kerana ada Vitamin B yang complete dengan biotin dan folic acid yang mahal tu. Sesetengah multivitamin tidak mengandungi nutrisi ini atau hanya sedikit kandungannya kerana nak jimat. Selain itu, ia juga mempunyai zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin.

Lagi satu keistimewaan Vita-lea ini ialah ia merupakan tablet vitamin yang paling pantas larut di dalam air dan tubuh manusia. Ini kerana ia ia telah disalut dengan menggunakan teknologi salutan mikro yang membantu pembebasan segera di dalam perut.

Dan lagi....lebih 340 ujian kawalan mutu telah dibuat bagi memastikan ketulenan dan potensi produk.

Vita-Lea juga merupakan pilihan Tun Dr. Mahathir sebagai multivitaminnya setiap hari. 




Itu dia multivitamin pilihan saya. Kesannya...alhamdulillah. Setelah pengambilan secara konsisten selama setengah tahun, badan lebih cergas dan bertenaga. Thanks to Shaklee. Kalau ada yang tertanya-tanya mahal ke Vita-Lea ni? Jawapan saya, anda sendiri tentukan. Dengan harga tidak sampai RM100 untuk kegunaan sehingga 4 bulan, saya rasa ia sangat berbaloi-baloi. Jika anda berminat untuk mencuba Vita-Lea, boleh contact saya. Kalau tak minat pun tak apa, saya tak leh paksa. Nak berusaha untuk lebih sihat tu keputusan individu, betul tak. Lainle kalau untuk anak-anak kecil. Diorang tak nak makan pun kadang-kadang kita paksa makan, betul tak? Hihihi....

Salam ceria.
Rina
Shaklee ID: 881678

e-mail: wannorhasrina@gmail.com
FB : Wan Norhasrina
FB Page: Health is Energy
Sms|Whatsapp: 016-5556425