Showing posts with label Anti-aging. Show all posts
Showing posts with label Anti-aging. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

CoQ10 boleh membantu anda kekal memiliki minda yang tajam dan aktif secara fizikal di usia emas.

Bersempena dengan promosi pembelian produk Shaklee secara online, baru-baru ini saya dapat percuma 2 botol CoQHealth Plus Shaklee. Ia merupakan produk keluaran terbaru Shaklee yang telah dilancarkan Jun yang lepas. Seronoknya. Benda free sapa tak suka kan? 


Apa benda CoQHealth Plus nih? Boleh rujuk artikel terdahulu saya di sini berkenaan CoQ10 yang merupakan kandungan utama produk ini. 

Dua hari lepas, saya ada menerima artikel berkenaan CoQ10 ke dalam mailbox saya. Jom kita tengok apa kata artikel tersebut yang telah saya terjemahkan secara lebih kurang.

****************************************************
Jika anda kini mula memasuki usia pertengahan, adakalanya anda mungkin mengalami masalah untuk mengingati beberapa peristiwa yang mungkin baru berlaku. Kadangkala, mencari perkataan yang sesuai dengan perbualan juga boleh menjadi sukar. (pernah tak kita asyik aaa...aaa...aaa masa bercakap? Haa...tu adalah tanda penuaan juga tu) Mungkin juga anda akan mula berasa pergerakan anda tidak lagi secergas dahulu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Universiti New York, penurunan fungsi kognitif dan motor seiring dengan penuaan adalah sesuatu yang normal dan tidak semestinya merupakan tanda –tanda awal Alzheimer.

Dalam sebuah kajian lain yang dibentangkan di Pennsylvania State University menemui bahawa sesetengah tanda-tanda kesukaran kognitif yang mudah yang mula berlaku pada usia pertengahan termasuklah kesukaran mengingati sesuatu perkara, menghadapi masalah untuk mencari perkata dalam perbualan dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah.

Berita baiknya ialah satu kajian baru yang telah diterbitkan di dalam satu jurnal menunjukkan bukti bahawa mengambil dos CoQ10 yang lebih tinggi mungkin boleh mengatasi masalah ini.

Saintis-saintis penyelidikan di Universiti Pusat Sains Texas Utara menggunakan tikus untuk menyiasat kesan CoQ10 ke atas keupayaan kognitif dan fungsi motor dengan member dos CoQ10 yang rendah (0.72mg) kepada sekumpulan tikus. Manakala, sekumpulan tikus lagi diberi dos yang lebih tinggi (28.1mg). Tikus0tikus ini menerima dos CoQ10 ini untuk tempoh selama 15 minggu. 

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tikus-tikus yang diberi dos CoQ10 yang rendah telah menunjukkan kemerosotan dalam memori dan keupayaan motor. Manakala, sekumpulan tikus lagi yang diberi dos CoQ10 yang lebih tinggi telah menunjukkan prestasi yang lebih baik. Satu analisis yang dibuat ke atas kimia badan tikus menunjukkan bahawa tikus-tikus yang memiliki dos CoQ10 yang tinggi sangat kurang mengalami kerosakan otak akibat daripada radikal bebas.

Manfaat CoQ10
Satu lembaran fakta yang diedarkan oleh Universiti Pusat Perubatan Maryland (link) menyebut lebih daripada 12 kajian yang menunjukkan manfaat CoQ10 seperti mencegah darah beku (blood clots), mengawal paras gula dalam darah dan memerangi kerosakan sel akibat proses penuaan.

Sumber artikel asal: www.multivitaminguide.orf/blog/coq10-prevents-cognitive-motor-declines/

Sumber rujukan lain: http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/coenzyme-q10 

******************

Okey, dah tahu apa kelebihan CoQHealth Plus? Kalau berminat nak cuba, bolehlah hubungi saya ye. Tak nak pun tak apa. Bukan nak suruh beli pun. Kesihatan diri kita, kitalah yang buat keputusan ye tak?

Salam ceria

Rina Zali
Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Monday, 7 October 2013

Membina kulit yang lebih muda dengan Shaklee Collagen Powder

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Apa kelebihan Shaklee Collagen Powder berbanding kolagen lain?

1. Saiz molekul yg sangat rendah, hanya 1000 dalton membantu penyerapan yang lebih efektif. 

2. Diekstrak daripada sisik ikan merah. Kenapa ikan merah? Kerana ia mampu tinggal di lautan dalam hingga 5000 m di bawah aras laut. Justeru, ia merupakan sumber kolagen yg sangat lasak dan elastik. 

3. Selain kolagen, ia juga mengandungi 6 bahan aktif yg lain iaitu:

  • ekstrak kulit kerangan laut tg mengandungi glukosamina bg membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi. 
  • lactobacillus acidiphilus yg membantu meningkatkan penyerapan kolagen
  • ekstrak biji camellia japonica. Ia membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • estrak pfaffia untuk mengurangkan masalah keguguran rambut, mengawal ketidaksemibangan hormon. 
  • vitamin c sebagai penggalak pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas 
  • vitamin b2 dan b6 yg akan bergabung dengan kabohidrat, lemak dan metabolisme protein untuk membantu pengeluaran kolagen dlm sel tubuh.



Kesan SCP ke atas saya sendiri? Alhamdulillah. Hasilnya memang mabelesss....Kulit memang jadi lebih halus. Rasa cam best je usap badan sendiri. Hahaha...Kalau tak caya, boleh cuba sendiri.Bulan Oktober ni ada promosi. Boleh jimat banyak tu.Saya ni cuma nak share je ke'best'an guna SCP ni. Bukan nak suruh beli pun. Alang-alang saya sendiri dah rasa kebaikannya, apalah salahnya berkongsi maklumat kan. 

Berminat untuk mencuba supplement Shaklee yang berkualiti tinggi? Hubungi saya.

Wan Norhasrina Wan Ghazali

Shaklee Independant Distributor
 ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Thursday, 5 September 2013

Lindungi Jantung Anda dengan CoQ Health Plus Shaklee

Bersempena dengan promosi CoQ Health Plus pada bulan September ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang produk hebat keluaran terbaru Shaklee ini. CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.


Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Antara salah satu kebaikan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.


Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi 
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

CoQ Health Plus Shaklee bukan hanya sekadar mengandungi CoQ10. Ia juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau. Itulah kelebihan CoQHealth Plus Shaklee. Ia sesuai diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini atau produk-produk Shaklee yang lain, silalah hubungi saya.

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Tuesday, 20 August 2013

Vitamin E untuk cantikkan kulit.

Ramai orang yang tahu bahawa Vitamin E adalah baik untuk kulit kita, tetapi tidak ramai orang boleh memberitahu apa yang dilakukan oleh nutrien ini secara khusus - vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit kita.

Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, sejenis molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. 
Atom –atom daripada badan kita cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron yang menjadikan mereka stabil. Jika atom mempunyai bilangan ganjil elektron, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit kita terdedah dengan factor-faktor luaran seperti sinar ultraviolet matahari, badan kita boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan elektron tidak sekata. Lalu apabila ia terbentuk di dalam badan kita, ia mencuri elektron daripada sel-sel yang sihat yang membina kulit kita. Ini boleh menyebabkan tindak balas rantai yang merosakkan. Di sinilah letaknya fungsi  Vitamin E untuk meneutralkan kesan oksida radikal bebas ini. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. 


Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling berkuasa, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Ini bermakna, kita perlu memastikan kita mendapat cukup nutrien ini dalam diet kita. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika kita tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan, boleh membantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan kepada DNA kita. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin E dalam jangka masa panjang juga boleh mengurangkan kesan ‘sunburn’ akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB.  

Vitamin E pilihan saya tentunya daripada Shaklee. Ia dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. Dilengkapi dengan selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee, sila-silalah contact saya ye.

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Saturday, 20 July 2013

Kompilasi Testimoni GLA Complex

Kebaikan GLA Complex Shaklee

Malam ni saya nak kongsikan lagi kebaikan GLA Complex Shaklee ni. Jika sebelum ni, saya dah cerita tentang fakta kebaikan GLA Complex ni di entry ini, kali ni saya nak kongsikan beberapa testimoni daripada pengguna-pengguna GLA Complex Shaklee.










Haaa.... tu dia. Terima kasih kepada semua pengguna-pengguna yang telah berkongsi hasil kebaikan penggunaan GLA Complex ni. Sebenarnya ada banyakkkkk lagi testimoni yang menarik tapi tak larat pulak saya nk masukkan semuanya di sini. 

Kebanyakan pengguna GLA Complex ni pada asalnya ingin memperbetulkan kitaran haid atau merancang untuk hamil, tapi mereka dapat bonus yang lain juga iaitu, kulit yang lebih berseri-seri. Lepas ni jom telan GLA sebotol. Eh..eh...bukan sebotol sekali ngap ye. Sebotol untuk 1-2 bulan. Pengambilan yang dicadangkan ialah 1 biji 2 kali sehari. Kalau rasa nak kesan cepat, bolehlah ambik 2 biji sekali makan. Tapi x yahlah makan lebih dari tu, sebab badan kita ni tak leh nak serap banyak-banyak vitamin dalam satu masa. membazir pulak nanti.

Kalau rasa berminat, boleh hubungi saya, pengedar Shaklee anda yang sah. Ada free gift jika order sekarang hingga hujung Julai nanti.

Salam Ceria

Rina


Friday, 17 May 2013

Vivix oh Vivix...

 
Mmm..bulan ni ada promosi Vivix. Dah lama saya rasa teruja mendengar cerita tentang Vivix sejak jadi member Shaklee. Ingat nak hadiahkan sebotol kepada ibu saya yang mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik.  Alhamdulillah bulan Mei ini ada promosi Vivix. Boleh beli dengan harga berbaloi-baloi. Semalam saya dah poskan kepada mak saya di kampung. Mudah-mudahan, Vivix dapat membantu mengurangkan masalah lutut ibu saya.

Tentu pembaca sekelian nak tau apa kelebihan Vivix ni kan? Ok. Meh sini saya nak kongsikan apa sebenarnya Vivix dan bagaimana ia boleh membantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan.

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang telah dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Kandungan utama Vivix ialah Resveratrol yang diekstrak daripada anggur Muscadine. Resveratrol telah terbukti melalui ujian-ujian klinikal mampu melambatkan kesan penuaan sel-sel. Hasil kajian dan perbincangan oleh para pakar pemakanan tentang resveratrol ini telah diterbitkan dalam lebih 2000 jurnal saintifik. Berikut ialah bahan-bahan utama Vivix:

  • Anggur Muscadine. Ia telah dipilih sebagai bahan utama kerana ia mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dan ia juga mempunyai lebih kromosom berbanding anggur-anggur yang jenis lain. Oleh yang demikian, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksida yang lebih kukuh.
  • Polyganum Cuspidatum. Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun yang menjadi sumber komersial bagi resveratrol. Ia juga mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan suplemen anti-penuaan dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional China.
  • Purple Carrot. Ia merupakan sumber terbaik Vitamin A dan juga mengandungi anthocyanins. Kajian telah menunjukkan bahawa anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuk anti-oksida, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Elderberry. Satu daripada manfaat elderberry adalah keberkesannya dalam mengubati simptom flu. Ia mengandungi flavonoid yang mempunyai ciri anti-oksida yang kuat. Selain menguatkan sistem imun, elderberry juga berkesan untuk melawan jangkitan flu, yis, asma, batuk, sesak dada dan diabetes.
Bagaimana Vivix berfungsi?

Melalui pembaikpulihan, pengawalan, pembentukan dan menghalang penuaan terhadap 4 mekanisme penuaan pada tahap sellular.

Apa ni? Tak fahamlah. Hehehe....tu ayat ringkas saya. Ni ayat panjangnya.

Dalam kajian klinikal Shaklee, terdapat 4 mekanisme penuaan yang berlaku dalam tubuh kita. Dan Vivix membantu melambatkan proses penuaan di dalam keempat-empat mekanisme tersebut iaitu:

1. Kerosakan DNA.
  • Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.
  • Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA 
2. Pengawalan genetik
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular.
  • Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan.
3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
  • Mitochondria (penjana tenaga) menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Kecekapan mitochondria akan menurun seiring usia menyebabkan tenaga makin berkurangan.
  • Ramuan Vivix menghasilkan biogenesis atau pembentukan baru mitpchondria untuk meningkatkan tahap tenaga sel.
4. Penimbunan protein AGE
  • Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end product) boleh menyebabkan kerosakan sel dan akan mengganggu keutuhan sel.
  • Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat daripada resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
Huh...panjangnya...Ok. Dah faham dah? Kalau belum faham lagi, boleh le bertanya saya.

Panjang pulak bercerita sampai lupa nak bagitau apa promosi Vivix bulan Mei ni. Jeng...jeng...jeng...
Harga biasa Vivix ialah RM475 sebotol untuk bekalan sebulan. Apa? Mahal? Kalau rasa mahal, haa...sekaranglah masa nak memborong. Bulan ni harga promosi dari saya untuk anda semua ialah RM380 je sebotol. Jimat RM95 ringgit tu..Kalau nak best lagi, beli 6 botol dapat 1 botol free. Boleh le pakat ngan kawan-kawan hadiahkan untuk mak ayah masing-masing.

Okeh. Jika berminat boleh sms saya untuk order, 016-5556425. Bayaran boleh bank-in ke akaun Maybank saya 164155456759.
Setiap pembelian dari saya, anda berhak untuk mendapat konsultasi pemakanan supplemen Shaklee yang lain dari saya secara percuma. Anda juga akan dijemput ke grup eksklusif tertutup buat pelanggan-pelanggan Shaklee.

Salam ceria...
Rina.