Horrayyy....musim cuti sekolah bermula lagi. Hmmm...anak-anak bolehlah bersorak ye. Bagi mak-mak dan bapak-bapak pula, masa ni mulala pening kepala memikirkan apa pengisisan anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ni.
Bagi saya, seawal hari pertama cuti sekolah, anak sulung dan kedua dah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar atau ringkasnya MAP Training anjuran Dr. Tengku Asmadi. Bayaran sebanyak RM300 seorang untuk kursus selama 2 hari. Mungkin nampak macam mahal, tapi demi anak-anak, saya rela melabur. Feedback saya, Alhamdulillah. Memang ada kesan positif ke atas anak-anak saya. Walaupun tidaklah seperti magic, bertukar dalam sekelip mata, tapi ada perubahan positif. Contohnya, anak kedua saya, Muaz, menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. Sebelum ni, dia selalu merungut susah dan mudah putus asa. Tapi sejak semalam, bila ada masalah sikit, saya dengar dia akan cakap, Muaz pasti boleh! Saya rasa terharu...Dan dia ada pesan pada saya, jika saya melihat dia mula berputus asa, tunjukkan buku MAP Training tu pada dia supaya dia boleh jadi kembali bersemangat. Alhamdulillah. Mudah-mudahan, selepas ini, Muaz akan lebih yakin untuk menempuhi hari-hari mendatang sebagai pelajar.
Okey, bercakap tentang berfikiran positif.Dalam hidup kita ni, kita mesti selalu fikirkan perkara yang positif. Biar caj-caj positif yang selalu beredar di sekeliling kita. Fikirkan perkara yang baik-baik sahaja dan InsyaAllah, perkara-perkara yang baiklah yang akan beredar di sekeliling kita. Mungkin ada yang berpandangan bahawa, mana mungkin semua perkara baik je yang akan berlaku? Ya betul tu. Tidak semua perkara baik yang akan berlaku pada kita, tapi kita boleh tukarkannya kepada sesuatu yang positif. Contohnya, jika pada waktu malam, tiba-tiba elektrik di rumah kita terputus bekalan, apa nak buat ye? Jika sebelum ini, kita gunakan waktu itu untuk menonton tv, mungkin pada malam ini, kita boleh jadikan sesi bercerita kepada anak-anak di dalam samar-samar cahaya lilin? Pasti anak-anak akan terkenang akan situasi ini. Tapi jangan pula bawa cerita hantu ye...Hehehe...itu sekadar contoh.
Begitu juga dalam berbisnes. Tidak dinafikan, nak jadi usahawan ni bukan senang. Kena ada sekeping hati yang kental. Jangan mudah berputus asa. Yakin dengan rezeki yang Allah dah janjikan buat hambaNya yang berusaha. Dengan syarat kena USAHA ye....Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek ( ehh...betul ke peribahasa ni? Lantaklah...hahaha...janji korang paham kan?)
Anak-anak semua dah tidur. Sekarang saya nak buat jadual waktu cuti sekolah untuk anak-anak. Alhamdulillah, saya tak perlu berebut masa dengan TV kerana rumah saya memang takde TV. Kalau anak-anak nak menonton cerita, saya atau suami cuma bagi tgk movie dalam PC je. But that will be as a reward kalau diorang berjaya dapat certain stars dalam carta reward diorang. May be lepas ni kami akan upgrade reward yang lebih best lagi.
Okey, selamat malam semua. Lepas dah siap jadual, nak gi telan ostematrix dulu sebelum tido supaya bangun tido esok pagi, badan lebih cergas. Dan tidak lupa juga, sesudu Vivix, si merah pekat ajaib, untuk maintain muda jelita...chewah...hehehe....
Salam Ceria
Rina Zali
Shaklee Independant Distributor
ID: 881678
E-mail: wannorhasrina@gmail.com
sms|Whatsapp: 0165556425
FB Page: Health is Energy
No comments:
Post a Comment