Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Pilihan Set Penyusuan Terbaik dari Shaklee

BREASTFEEDING

Berikut adalah empat set penyusuan popular utk pilihan anda:

1. Set B (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
• Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
• Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
• Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
• Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
• Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
• Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


2. Set Eu Four Pack (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix)
• Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
• Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
• Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
• Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
• Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
• Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.



3. Set E (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix dan Alfalfa)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
• Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M. Juga dikenali sebagai optimum set kerana ia mengandungi kesemua suplemen terbaik (Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)
• Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
• Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
• Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
• Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
• Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Sedikit info:

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Salam ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Wednesday, 17 July 2013

Vita-Lea Iron Formula, Multivitamin Tertua

Alhamdulillah. Dah masuk hari kesembilan berpuasa. Baru berpeluang nak menjengah blog. Macamana puasa pemabaca semua? Hopefully Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Sebabnya belum tentu kita akan jumpa Ramadhan lagi untuk tahun yang akan datang, kan?

Kali ni saya nak bercerita tentang supplement yang saya ambik setiap hari iaitu Vita-Lea. Haa.. Kalau nak tahu, Vita-lea ni adalah multivitamin yang paling awal pernah dicipta. Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.Ni dia senarai nutrisi yang terkandung dalam Vita-Lea.





Bila ambik Vita-lea ni, badan rasa bertenaga kerana ada Vitamin B yang complete dengan biotin dan folic acid yang mahal tu. Sesetengah multivitamin tidak mengandungi nutrisi ini atau hanya sedikit kandungannya kerana nak jimat. Selain itu, ia juga mempunyai zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin.

Lagi satu keistimewaan Vita-lea ini ialah ia merupakan tablet vitamin yang paling pantas larut di dalam air dan tubuh manusia. Ini kerana ia ia telah disalut dengan menggunakan teknologi salutan mikro yang membantu pembebasan segera di dalam perut.

Dan lagi....lebih 340 ujian kawalan mutu telah dibuat bagi memastikan ketulenan dan potensi produk.

Vita-Lea juga merupakan pilihan Tun Dr. Mahathir sebagai multivitaminnya setiap hari. 




Itu dia multivitamin pilihan saya. Kesannya...alhamdulillah. Setelah pengambilan secara konsisten selama setengah tahun, badan lebih cergas dan bertenaga. Thanks to Shaklee. Kalau ada yang tertanya-tanya mahal ke Vita-Lea ni? Jawapan saya, anda sendiri tentukan. Dengan harga tidak sampai RM100 untuk kegunaan sehingga 4 bulan, saya rasa ia sangat berbaloi-baloi. Jika anda berminat untuk mencuba Vita-Lea, boleh contact saya. Kalau tak minat pun tak apa, saya tak leh paksa. Nak berusaha untuk lebih sihat tu keputusan individu, betul tak. Lainle kalau untuk anak-anak kecil. Diorang tak nak makan pun kadang-kadang kita paksa makan, betul tak? Hihihi....

Salam ceria.
Rina
Shaklee ID: 881678

e-mail: wannorhasrina@gmail.com
FB : Wan Norhasrina
FB Page: Health is Energy
Sms|Whatsapp: 016-5556425

Sunday, 9 June 2013

Holiday is over...Time to go to school

Assalamualaikum semua.
Buat ibu-ibu yang punya anak bersekolah, pasti malam ni dah mula sibuk memastikan kelengkapan sekolah anak-anak, kan? Maklumlah cuti dua minggu, pensel ke mana, pemadam x de, buku sekolah pun ada yang tak jumpa. Baju sekolah biasanya sebab mak yang basuh, mesti tak hilang kan? Hehehe....

Saya pun tak terkecuali. Baju sekolah baru habis gosok tadi. Hajat di hati nak gosok masa cuti sekolah lagi tapi...entah tak tersempat jugak. Hujung cuti sekolah hari tu sempat ke Melaka. Cadangnya nak singgah ke Taman Buaya tapi masa keluar dari rumah abang saya di Cheng Perdana, cuaca panas terik. Anak-anak saya semua tak nak pergi. Jadi, kami melencong ke Taman Tasik Ayer Keroh. Nak naik bot besar tapi driver bot pulak cuti. Jadi, terpaksa naik bot kayuh yang kecik tu je. Tak muatla naik satu bot. Kena bergilir lak.
Nasib baik bot tu ada bumbung. Panas betul tapi bila kat tengah tasik, nyaman je angin bertiup.
Sebenarnya trip ke Melaka ni hanya sekadar persinggahan. Destinasi sebenar ialah Johor Bharu. Menghantar si adik bongsu ke majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki. Perjalanan lancar, rasa bertenaga dan anak-anak pun tak nampak letih. Hari-hari saya x lupa untuk mengambil suplemen saya iaitu Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C. Saya pun ada spare Nutriferon in case ada rasa-rasa cam nak demam ke. sakit kepala ke but alhamdulillah, everything went smoothly. Alhamdulillah, sejak mengamalkan vitamin-vitamin yang saya sebutkan di atas, saya sekarang rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih lagi. Thanks to Shaklee.

Haa...nilah adik bongsu saya. Sama x muka kitorang.? Hehehe..tapi kali ni dia x pakai cermin mata.
Okes..habis dah cite cuti sekolah. Time to go school. Malam ni anak-anak sume dah tido lebih awal. Besok, nak breakfast apa ek? Nasi goreng ok kot. Dan x lupa susu bersama Meal Shakes. Aha...sebelum terlupa. Promosi Meal Shakes bulan Jun masih berlangsung. Kalau nak jimat, boleh beli sekarang. In Sya Allah, your kids will love it and you too.

Ok. Bye-bye...Selamat malam. Nak gi tido dah ni.

Salam ceria
Rina