Sunday, 9 June 2013

Holiday is over...Time to go to school

Assalamualaikum semua.
Buat ibu-ibu yang punya anak bersekolah, pasti malam ni dah mula sibuk memastikan kelengkapan sekolah anak-anak, kan? Maklumlah cuti dua minggu, pensel ke mana, pemadam x de, buku sekolah pun ada yang tak jumpa. Baju sekolah biasanya sebab mak yang basuh, mesti tak hilang kan? Hehehe....

Saya pun tak terkecuali. Baju sekolah baru habis gosok tadi. Hajat di hati nak gosok masa cuti sekolah lagi tapi...entah tak tersempat jugak. Hujung cuti sekolah hari tu sempat ke Melaka. Cadangnya nak singgah ke Taman Buaya tapi masa keluar dari rumah abang saya di Cheng Perdana, cuaca panas terik. Anak-anak saya semua tak nak pergi. Jadi, kami melencong ke Taman Tasik Ayer Keroh. Nak naik bot besar tapi driver bot pulak cuti. Jadi, terpaksa naik bot kayuh yang kecik tu je. Tak muatla naik satu bot. Kena bergilir lak.
Nasib baik bot tu ada bumbung. Panas betul tapi bila kat tengah tasik, nyaman je angin bertiup.
Sebenarnya trip ke Melaka ni hanya sekadar persinggahan. Destinasi sebenar ialah Johor Bharu. Menghantar si adik bongsu ke majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki. Perjalanan lancar, rasa bertenaga dan anak-anak pun tak nampak letih. Hari-hari saya x lupa untuk mengambil suplemen saya iaitu Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C. Saya pun ada spare Nutriferon in case ada rasa-rasa cam nak demam ke. sakit kepala ke but alhamdulillah, everything went smoothly. Alhamdulillah, sejak mengamalkan vitamin-vitamin yang saya sebutkan di atas, saya sekarang rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih lagi. Thanks to Shaklee.

Haa...nilah adik bongsu saya. Sama x muka kitorang.? Hehehe..tapi kali ni dia x pakai cermin mata.
Okes..habis dah cite cuti sekolah. Time to go school. Malam ni anak-anak sume dah tido lebih awal. Besok, nak breakfast apa ek? Nasi goreng ok kot. Dan x lupa susu bersama Meal Shakes. Aha...sebelum terlupa. Promosi Meal Shakes bulan Jun masih berlangsung. Kalau nak jimat, boleh beli sekarang. In Sya Allah, your kids will love it and you too.

Ok. Bye-bye...Selamat malam. Nak gi tido dah ni.

Salam ceria
Rina

No comments:

Post a Comment