Tuesday 29 October 2013

CoQ10 boleh membantu anda kekal memiliki minda yang tajam dan aktif secara fizikal di usia emas.

Bersempena dengan promosi pembelian produk Shaklee secara online, baru-baru ini saya dapat percuma 2 botol CoQHealth Plus Shaklee. Ia merupakan produk keluaran terbaru Shaklee yang telah dilancarkan Jun yang lepas. Seronoknya. Benda free sapa tak suka kan? 


Apa benda CoQHealth Plus nih? Boleh rujuk artikel terdahulu saya di sini berkenaan CoQ10 yang merupakan kandungan utama produk ini. 

Dua hari lepas, saya ada menerima artikel berkenaan CoQ10 ke dalam mailbox saya. Jom kita tengok apa kata artikel tersebut yang telah saya terjemahkan secara lebih kurang.

****************************************************
Jika anda kini mula memasuki usia pertengahan, adakalanya anda mungkin mengalami masalah untuk mengingati beberapa peristiwa yang mungkin baru berlaku. Kadangkala, mencari perkataan yang sesuai dengan perbualan juga boleh menjadi sukar. (pernah tak kita asyik aaa...aaa...aaa masa bercakap? Haa...tu adalah tanda penuaan juga tu) Mungkin juga anda akan mula berasa pergerakan anda tidak lagi secergas dahulu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Universiti New York, penurunan fungsi kognitif dan motor seiring dengan penuaan adalah sesuatu yang normal dan tidak semestinya merupakan tanda –tanda awal Alzheimer.

Dalam sebuah kajian lain yang dibentangkan di Pennsylvania State University menemui bahawa sesetengah tanda-tanda kesukaran kognitif yang mudah yang mula berlaku pada usia pertengahan termasuklah kesukaran mengingati sesuatu perkara, menghadapi masalah untuk mencari perkata dalam perbualan dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah.

Berita baiknya ialah satu kajian baru yang telah diterbitkan di dalam satu jurnal menunjukkan bukti bahawa mengambil dos CoQ10 yang lebih tinggi mungkin boleh mengatasi masalah ini.

Saintis-saintis penyelidikan di Universiti Pusat Sains Texas Utara menggunakan tikus untuk menyiasat kesan CoQ10 ke atas keupayaan kognitif dan fungsi motor dengan member dos CoQ10 yang rendah (0.72mg) kepada sekumpulan tikus. Manakala, sekumpulan tikus lagi diberi dos yang lebih tinggi (28.1mg). Tikus0tikus ini menerima dos CoQ10 ini untuk tempoh selama 15 minggu. 

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tikus-tikus yang diberi dos CoQ10 yang rendah telah menunjukkan kemerosotan dalam memori dan keupayaan motor. Manakala, sekumpulan tikus lagi yang diberi dos CoQ10 yang lebih tinggi telah menunjukkan prestasi yang lebih baik. Satu analisis yang dibuat ke atas kimia badan tikus menunjukkan bahawa tikus-tikus yang memiliki dos CoQ10 yang tinggi sangat kurang mengalami kerosakan otak akibat daripada radikal bebas.

Manfaat CoQ10
Satu lembaran fakta yang diedarkan oleh Universiti Pusat Perubatan Maryland (link) menyebut lebih daripada 12 kajian yang menunjukkan manfaat CoQ10 seperti mencegah darah beku (blood clots), mengawal paras gula dalam darah dan memerangi kerosakan sel akibat proses penuaan.

Sumber artikel asal: www.multivitaminguide.orf/blog/coq10-prevents-cognitive-motor-declines/

Sumber rujukan lain: http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/coenzyme-q10 

******************

Okey, dah tahu apa kelebihan CoQHealth Plus? Kalau berminat nak cuba, bolehlah hubungi saya ye. Tak nak pun tak apa. Bukan nak suruh beli pun. Kesihatan diri kita, kitalah yang buat keputusan ye tak?

Salam ceria

Rina Zali
Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

No comments:

Post a Comment