Monday 29 July 2013

Rasa lebih bertenaga dengan Breasfeeding Set Shaklee




Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Ada kesempatan malam ini untuk nak update blog. Semalam tak dapat tidur sebab anak tak sihat. Bulan puasa ni memang selalu termiss Omega Guard. Kena pulak dengan musim jerebu yang kembali melanda. Kesian Muhammad, anak saya yang sulung. Diserang lelah semalam. Tak dapat nak tidur lena sekali ngan mak dia.  Sebenarnya dah lama dia tak diserang lelah ni. Kali terakhir saya dah tak ingat bila. Alhamdulillah Meal Shakes dan Omega Guard banyak membantu. Tapi tulah...maknya ni culas pulak nak bagi makan bulan puasa ni. Huhu....

Kali ni saya rasa nak kongsikan satu kisah benar pelanggan Shaklee yang menggunakan set menyusu basic yang saya petik dari blog MamaFaiz.com.


"Salam kak cery...hi...
arini sy bergembira sbb ade news yg menggembirakan walaupun sebenarnya x gembira sangat disebabkan hubby masih lg dekat ward..huhu
ok, sblm tu sy nk story dl ttg vitamin shaklee...sy dh consume set B dh hampir 2 bulan lbh...ms bulan pertama sy cuma beli trial pack sbb nk cuba je..first sy consume mmg sy rs perbezaan sbb susu makin bertambah...ms awal2 dulu (before consume shaklee) sy blh pum 20oz dlm satu ari...bila muhammad dh 11 bulan, satu hari sy pum cuma blh dapat 10oz shj...sikit kan...then sy dpt thu shaklee ni dari kawan sy, Siti Amilia Yaman..die suggestkan sy consume shaklee dan kenalkan saya dgn kak cery..hihi..thanx Amy...bl dh consume shaklee sy boleh maintain pum susu 20oz sehari..syukur alhamdulillah...tp bukan setakat tu je tau...ade lg benefit yang lain...badan xrs penat, rs bertenaga je...pastu keputihan hilang, setel masalah...

sy mmg ade keputihan since blm kawin, bl pregnant sy mengalami keputihan yg melampau hingga kegatalan...kalaulah sy kenal shaklee ni dh lama...mesti masalah sy dh lama selesai..xperlu masukkan ubat utk buang keputihan tu..syukur alhamdulillah sbb dh xpyh pkai pantyliner lg..hehehe..jimat duit...so, bila abis trial pack, sy beli fullpack set B...mmg nampak mahal tp sy rs berbaloi2 sgt..sbb blh tahan smpi 4bulan...dan byk benefit yg sy dpt..hehehe

Dan ape yg menggembirakan sy arini adalah...jeng jeng jeng..hehehe...ade lg benefit ni selain dr yg kt atas tu...ms sy melawat hubby kt hospital putra bp, ade nurse tnye hubby umur sy dan umur hubby...then hubby tnye knp..? nurse2 tu bgthu "wife abang nmpk muda lah, xsangka dh ade anak yg semangat tu.." hehehe...wahhh, hubby bangga ok and jeles!!! hahaha...penangan makan vitamin2 shaklee ni..sukanyaaa...kalau mcm ni lah, mmg sy xkan miss makan vitamin shaklee ni..hehehe...btw, thanx kak cery sbb kongsi dgn sy psl vitamin2 ni semua...hehehe..."

Itulah cerita Hana yang merupakan pelanggan kepada MamaFaiz. Terima kasih Hana kerana sudi berkongsi cerita gempira.

Nak tahu apa kandungan set basic ni? Ia terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C dan Alfalfa.



Vita-Lea membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Bila menyusu, for sure badan kita memerlukan banyak sumber khasiat tambahan bagi menampung khasiat yang telah habis digunakan oleh badan. Jika tidak, nanti badan kita akan rasa lemah, tidak bertenaga. Sebab itulah lama-lama kelamaan, susu badan pun boleh jadi berkurangan.

B-Complex pula mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B penting. Ia menukarkan makanan menjadi tenaga menjadikan badan kita kekal bertenaga. Selain itu, B-complex juga boleh membantu mengurangkan stress. Kan ke best tu?

Vitamin C memang telah diketahui umum boleh membantu sistem imunisasi tubuh. Oleh yang demikian, badan kita tidak mudah terkena jangkitan penyakit.

Akhir sekali, Alfalfa. Ia mempunyai akar tunjang yang menjalar jauh sehingga 6 kaki ke dalam tanah. Oleh yang demikian, ia mampu menyerap nutrien dalam yang terdapat jauh di dalam tanah. Alfalfa terkenal mampu menggalakkan penghasilan susu. Selain itu, ia juga bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita. 

Berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee dengan harga yang special murah? Boleh hubungi saya atau boleh saja kunjungi sendiri mana-mana cawangan Shaklee berdekatan anda untuk mendapatkannya dengan harga ahli menggunakan ID saya, 881678. 

Salam Ceria
Rina Zali

Shaklee Independant Distributor ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

Friday 26 July 2013

Perlu ke supplement untuk menyusu?

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni saya ada terbaca satu post di FB berkenaan satu komentar yang dibuat oleh seorang kaunselor laktasi apabila ditanya tentang persoalan di atas. Antara komen yang disebut ialah strategi-strategi pemasaran yang dibuat oleh peniaga-peniaga supplement penyusuan membuatkan ramai ibu-ibu yang kurang yakin bahawa tubuh mereka secara tabiinya, mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Pendedahan testimoni-testimoni yang positif tanpa menyelitkan testimoni negatif para pengguna yang gagal mendapatkan susu yang banyak biarpun setelah menggunakan suplement.

Hati saya rasa terpanggil untuk memberi komen saya berkenaan hal ini.

Sebenarnya, memang ibu-ibu tidak memerlukan supplement untuk menyusu. Benar katanya, bahawa badan ibu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan susu ibu. Namun, situasi hari ini dengan ibu yang berkerjaya, faktor pemakanan yang tidak seimbang mungkin mempengaruhi penghasilan susu ibu. Justeru, pemakanan tambahan merupakan satu langkah sokongan untuk membantu para ibu di luar sana menjayakan penyusuan mereka.

Strategi memaparkan testimoni yang positif saja adalah sangat normal dalam pemasaran. Mana ada penjual yang meletakkan testimoni negatif? Sebenarnya testimoni itu untuk membuktikan bahawa produk ini telah berjaya membantu mereka yang sebelumnya mengalami masalah. Setelah merasai sendiri kebaikan sesuatu produk, sudah tentu kita rasa seronok jika dapat menyebarkan kebaikan itu kepada orang lain yang memerlukan. Jika si ibu tidak mengalami masalah penyusuan, alhamdulillah. Namun, jika benar ada ibu yang mengalami masalah susu yang sedikit walaupun semangat dan azam berkobar-kobar untuk menyusukan anaknya, tentu tak salah jika mereka yang mempunyai bajet ingin mendapatkan sokongan daripada set penyusuan.

Tambahan pula, bagi pelanggan-pelanggan set menyusu Shaklee, selain dari memperbanyakkan susu, ramai yang dapat bonus lain seperti rasa badan lebih bertenaga, kulit yang lebih halus dan cantik, berjaya mengurangkan berat badan dan sebagainya. Ini merupakan satu bonus yang hebat!!!. Pengakuan pelanggan-pelanggan ini tidak harus dinafikan kerana ia memang benar-benar berlaku.

Kesimpulannya, para ibu di luar sana yang masih berfikir sama ada perlukan supplement atau tidak, jawapannya tanya diri anda sendiri. Usah terpengaruh dengan iklan-iklan secara membuta-tuli. Yang anda perlukan ialah ilmu penyusuan. Rajin-rajinlah mengepam apabila berjauhan dengan bayi. Ramai ibu yang bila sudah mula bekerja, mula culas sesi mengepam. Inilah merupakan faktor terbesar kemeruduman susu selain daripada pengambilan air kosong yang kurang.

Salam Ceria

Rina Zali


10 Tip Tingkatkan Metabolisme Badan

Metabolisme rendah?


Selalu kita dengar orang yang kuat makan tapi masih kurus mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Bagaimana ye? Apa sebenarnya metabolisme tu? Bagaimana kadar metabolisme boleh mempengaruhi gemuk atau kurus seseorang tu ye?

Di sini, saya nak kongsikan satu artikel menarik berkenaan metabolisme ini. Jom layanzzz...... 
_____________________________________________
Apa itu metabolisme? 
Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,

Mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? 
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Sumber: Blog Kevin Zahri, Certified Personal Trainer and Nutritionist
______________________________________________________________________________

Okeh...so, bagi siapa-siapa yang nak meningkatkan kadar metabolismenya, bolehlah amalkan tips-tips di atas ye. Di samping tu, kalau perlukan bantuan pemakanan, Shaklee ada menawarkan Shape Up Set yang terdiri daripada Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea, Herb-Lax dan Lecithin. Set ini berfunsi sebagai detox, pembakar lemak, sumber protein dan sumber tenaga.

Berminat ingin mencuba? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Harga istimewa untuk pengunjung blog saya ini. 


Salam Ramadhan,
Rina Zali

Monday 22 July 2013

25 Tanda Sakit

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Alhamdulillah, dah dua minggu kita berpuasa. Rasa sekejap je masa berlalu, kan? Sebelum kita menempuh lagi 2 minggu bulan yang penuh barokah ini, marilah sama-sama kita pause sekejap. Cek balik 2 minggu lepas yang telah kita lalui. Berapa banyak surah Al-Quran yang telah kita baca dan tadabbur? Ada tinggal solat sunat tarawih? Berapa malam kita hidupkan qiyam? Semua tu tanya balik diri kita. Mari sama-sama kita gandakan usaha untuk dua minggu yang terakhir ni. 


Sebagai perkongsian kali ini, saya nak bawakan satu artikel tentang kesihatan yang telah ditulis oleh Penolong Pendaftar, Bahagian Keselamatan dan Kezihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis. Artikel ini sangat baik untuk kita kenal pasti jenis-jenis masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh badan kita.


_______________________________________________

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi tanda yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

________________________________________________________________

Jika anda mengalami simptom-simpton di atas, jumpalah doktor untuk mengenalpasti penyakit anda yang sebenar. Baru saya tahu bahawa perubahan emosi kita juga turut dipengaruhi oleh kelemahan fungi organ badan. Jadi, kalau rasa cepat nak marah tu, cuba-cubalah periksa tekanan darah anda, ye.

Bagi mencegah penyakit-penyakit akibat kekurangan zat tertentu makanan, anda boleh cuba mengamalkan pemakanan tambahan yang semulajadi. Saya memilih pemakanan tambahan jenama Shaklee dalam diet harian saya. Alhamdulillah, sejak beberapa bulan selepas pengambilan Vita-Lea, Vitamin C dan B-Complex, saya jarang dijangkiti selsema ataupun demam lagi. Anak-anak saya pun begitu juga selepas saya berikan mereka Meal Shakes dan Omega Guard. Syukur.

Jika anda juga ingin mencuba kebaikan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya, pengedar Shaklee, atau boleh dapatkan sendiri produk tersebut di cawangan Shaklee berhampiran anda dengan menggunakan ID saya, 881678.

Akhir sekali, selamat meneruskan ibadah puasa dan ibadah lain di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Salam Ceria
Rina Zali

Saturday 20 July 2013

Kompilasi Testimoni GLA Complex

Kebaikan GLA Complex Shaklee

Malam ni saya nak kongsikan lagi kebaikan GLA Complex Shaklee ni. Jika sebelum ni, saya dah cerita tentang fakta kebaikan GLA Complex ni di entry ini, kali ni saya nak kongsikan beberapa testimoni daripada pengguna-pengguna GLA Complex Shaklee.










Haaa.... tu dia. Terima kasih kepada semua pengguna-pengguna yang telah berkongsi hasil kebaikan penggunaan GLA Complex ni. Sebenarnya ada banyakkkkk lagi testimoni yang menarik tapi tak larat pulak saya nk masukkan semuanya di sini. 

Kebanyakan pengguna GLA Complex ni pada asalnya ingin memperbetulkan kitaran haid atau merancang untuk hamil, tapi mereka dapat bonus yang lain juga iaitu, kulit yang lebih berseri-seri. Lepas ni jom telan GLA sebotol. Eh..eh...bukan sebotol sekali ngap ye. Sebotol untuk 1-2 bulan. Pengambilan yang dicadangkan ialah 1 biji 2 kali sehari. Kalau rasa nak kesan cepat, bolehlah ambik 2 biji sekali makan. Tapi x yahlah makan lebih dari tu, sebab badan kita ni tak leh nak serap banyak-banyak vitamin dalam satu masa. membazir pulak nanti.

Kalau rasa berminat, boleh hubungi saya, pengedar Shaklee anda yang sah. Ada free gift jika order sekarang hingga hujung Julai nanti.

Salam Ceria

Rina


Thursday 18 July 2013

Promosi Julai 2013: GLA Complex

Promosi Menarik Julai 2013 - GLA Complex

Saya percaya ramai pelanggan Shaklee terutamanya wanita yang merasa teruja dengan promosi bulan ini ialaitu GLA Complex. Suplemen ini terkenal di kalangan para isteri yang sedang merancang untuk hamil. Namun, jangan salah anggap, ia bukan sahja untuk hamil. Banyak lagi khasiat GLA Complex ini sebenarnya. Malah, ia juga boleh diambil oleh lelaki.

Apa itu GLA? Ia merupakan akronim kepada gamma-linolenic acid. Kebanyakan GLA diambil daripada Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih baik dari segi kadar penyerpannya dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. 

Antara manfaat utama GLA

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome) seperti senggugut yang teruk
· Membantu dalam menangani menopause.
· Membantu mengecutkan cyst
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkan immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Haaa....banyak betul kelebihan GLA ni. Rugi kalau tak rebut peluang semasa promosi ni untuk mendapatkan GLA sorang sebotol. Nak jimat lagi, borong 6 botol terus, boleh dapat free satu botol. Untung berganda. Jimat duit, badan pun In Sya Allah lebih sihat.

Betul ke GLA ni berkesan eh? 

Ok. Nak tahu keberkesanannya, mari kita lihat testimoni kt bwh ni yang saya ambil dari blog MamaFaiz. Mereka ni semua pelanggan Shaklee yang berkongsi pengalaman menggunakan produk Shaklee dalam grup tertutup kami.



Sebenarnya ada banyak lagi testimoni menarik tapi cukuplah yang ni je dulu. Kalau nak tengok yang lain, leh google sendiri kat internet. Sure u akan jumpa berlambak pelanggan Shaklee yang berpuas hati dengan GLA Complex Shaklee ni.

Jadi, kalau rasa-rasa nak merasai sendiri kebaikan GLA Complex Shaklee ni, sila-silalah hubungi saya ye. Kalau order dalam bulan Ramadhan ni, ada free gift istimewa untuk anda.

Okey, itu saja untuk malam ini. Nak tido dah ni. Esok nak kena bangun awal, masak untuk sahur. Assalamualaikum

Salam ceria
Rina.

Wednesday 17 July 2013

Hi-Tea Group Jutawan Shaklee di bawah Cery MamaFaiz.


Meremang bulu roma saya apabila menonton video ini. Sungguh terasa auranya. Semangat yang membara. Yang lagi best, I am part of it. Wanna join the heat? Just e-mail me and I'll be happy to guide you to achieve your dream.




Inilah keindahan bisnes Shaklee dalam Group Jutawan. Melalui bisnes ini, saya dapat 3 perkara penting:

i. Lebih dekat dengan Maha Pencipta, lebih hebat pergantungan kepadaNya.
ii. Kehidupan yang lebih sihat
iii. Pendapatan sendiri dengan hanya bekerja dari rumah.

Best bukan?

Salam Ceria.

Rina

Vita-Lea Iron Formula, Multivitamin Tertua

Alhamdulillah. Dah masuk hari kesembilan berpuasa. Baru berpeluang nak menjengah blog. Macamana puasa pemabaca semua? Hopefully Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Sebabnya belum tentu kita akan jumpa Ramadhan lagi untuk tahun yang akan datang, kan?

Kali ni saya nak bercerita tentang supplement yang saya ambik setiap hari iaitu Vita-Lea. Haa.. Kalau nak tahu, Vita-lea ni adalah multivitamin yang paling awal pernah dicipta. Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.Ni dia senarai nutrisi yang terkandung dalam Vita-Lea.





Bila ambik Vita-lea ni, badan rasa bertenaga kerana ada Vitamin B yang complete dengan biotin dan folic acid yang mahal tu. Sesetengah multivitamin tidak mengandungi nutrisi ini atau hanya sedikit kandungannya kerana nak jimat. Selain itu, ia juga mempunyai zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin.

Lagi satu keistimewaan Vita-lea ini ialah ia merupakan tablet vitamin yang paling pantas larut di dalam air dan tubuh manusia. Ini kerana ia ia telah disalut dengan menggunakan teknologi salutan mikro yang membantu pembebasan segera di dalam perut.

Dan lagi....lebih 340 ujian kawalan mutu telah dibuat bagi memastikan ketulenan dan potensi produk.

Vita-Lea juga merupakan pilihan Tun Dr. Mahathir sebagai multivitaminnya setiap hari. 




Itu dia multivitamin pilihan saya. Kesannya...alhamdulillah. Setelah pengambilan secara konsisten selama setengah tahun, badan lebih cergas dan bertenaga. Thanks to Shaklee. Kalau ada yang tertanya-tanya mahal ke Vita-Lea ni? Jawapan saya, anda sendiri tentukan. Dengan harga tidak sampai RM100 untuk kegunaan sehingga 4 bulan, saya rasa ia sangat berbaloi-baloi. Jika anda berminat untuk mencuba Vita-Lea, boleh contact saya. Kalau tak minat pun tak apa, saya tak leh paksa. Nak berusaha untuk lebih sihat tu keputusan individu, betul tak. Lainle kalau untuk anak-anak kecil. Diorang tak nak makan pun kadang-kadang kita paksa makan, betul tak? Hihihi....

Salam ceria.
Rina
Shaklee ID: 881678

e-mail: wannorhasrina@gmail.com
FB : Wan Norhasrina
FB Page: Health is Energy
Sms|Whatsapp: 016-5556425