Sunday 16 June 2013

Kenapa badan kita memerlukan suplemen?


Saya rasa ramai yang selalu tertanya-tanya soalan di atas? Dengan lambakan suplemen yang ada di pasaran, sebenarnya perlu ke tubuh kita mengambil suplemen? Bagi saya, jawapannya ialah ya? Nak tahu kenapa? Meh sini saya senaraikan sebab-sebab kenapa kita perlukan makanan tambahan.

1. Pendedahan kepada pencemaran.

Jika anda tinggal di bandar-bandar yang lazimnya sibuk dengan pelbagai kenderaan, banyak kilang-kilang perindustrian atau, jika anda bekerja di bandar, sudah tentu anda tahu bahawa terdapat banyak pencemaran yang berlaku. Kehidupan kita banyak terdedah kepada bahan pencemaran berbahaya yang mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia bertoksik yang menyebabkan kanser.

2 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar

Itu cerita pencemaran keadaan sekeliling. Bagaimna pula dengan makananan? Jika anda memilih sayur-syuran atau buah-buahan di pasar raya, sayur atau buah bagaimana yang akan anda pilih? Yang cantik tanpa cacat cela? Atau yang ada lubang-lubang tanda dimakan ulat? Hati-hati. Kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak segar dan cantik itu boleh mengundang bahaya kerana ia berkemungkinan besar diselaputi kadar racun serangga yang tinggi. Kadang-kadang terdapat juga bahan pengawet untuk mengekalkan kesegarannya.

3 - Kehilangan nutrien dalam makanan

Dahlah makanan kita mungkin tercemar, khasiat dalam makanan pun mungkin dah berkurang. Anda tahu tak bahawa makan yang kita makan tu mungkin hanya mengandungi sedikit nutrisi kerana ia telah mengalami pelbagai proses yang menyebabkan kehilangan nutrisi. Bermula dari proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. Kemudian, dimasak dengan haba yang tinggi pula seperti menggoreng, merebus dan sebagainya. Sebab tu kita disaran agar makan sayur-sayuran yang disediakan menggunakan haba yang minimum. Tak payah masak terus pun tak apa tapi janji basuh dengan bersih ya?

4 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda suka minum nescafe atau teh? Hmmm...saya pun suka. Tapi bila saya tahu ia boleh mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan, terus saya hadkan pengambilannya. Jika dulu, setiap pagi saya mesti minum segelas nescafe atau teh tarik. Alhamdulillah kini dah sangat kurang pengambilannya. Boleh dikatakan sebulan sekali je kot.



Ish...apa ni? Mula-mula tercemar. Pas tu khasiat musnah pula semasa proses penyediaan. Sekarang ni penyerapan dalam badan pun boleh terganggu? Jadi, apa yang kita dapat daripada makanan tu? Ish...tension..tension...


Rilex....jangan tension-tension kak, tekanan ni boleh mengurangkan vitamin tau?


What???


Haa...ni faktor yang kelima.


5 - Tekanan

Pagi-pagi lagi jam 6.30 atau 7. 00 pagi dah keluar rumah. Terpaksa berhadapan pula dengan traffic jammed. Tiba di pejabat jam 8-9 pagi dan duduk mengadap komputer sehinggalah waktu pulang. Terperangkap lagi dengan traffic jammed. Semua ni boleh mengakibatkan tekanan. Tu baru tekanan nak pergi balik kerja. Belum masuk lagi tekanan kerja. Tahukah anda bahawa stress boleh membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat sensitif. 

Kadang-kadang bila dah tension tu, sesetengah orang suka makan, kan? Hati-hati....


6 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan sesedap rasa

Dulu, nasi lemak hanya diambil sewaktu sarapan. Tapi sekarang? You can find Nasi Lemak almost 24 hours.
Dengan lauk-pauknya yang pelbagai. Hmmmm....jika tak kuat iman, mau mengadap nasi lemak dari sarapan hingga makan malam. Kadang-kadang, supper pun nasik lemak jugak. Oh my God!!!.
Fast food pun satu hal. Memanglah ianya cepat, mudah dan sedap, tapi tak elok diamalkan selalu, kak. Sekali-sekala tu o.klah tapi janganlah pulak sekali-sekala tu setiap minggu ye?

Ok, last sekali...


7 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Dalam sesetengah keadaan tubuh badan individu, sesetengah nutrien yang diperlukan adalah lebih tinggi. Contohnya bagi ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang menyususkan anak. Begitu juga bagi individu yang baru lepas melakukan pembedahan.  Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.

That's it. 7 points why we need supplements in our life. Bagi saya, saya dah mula makan supplemen sejak bertahun dulu. Masa tu saya cuma makan multivitamin yang dibeli di farmasi. Ikut je apa promoter tu kata. Tu sebelum kenal Shaklee. Tapi sejak 6 bulan yang lepas, Shaklee adalah pilihan saya kerana ia disokong oleh 350 ujian klinikal ke atas setiap bahan-bahannya. Ada penerbitan jurnal saintifik. Selain itu, ia adalah vitamin semulajadi yang tidak menggunakan bahan sistetik. Dan yang paling best sekali...sambil makan vitamin, saya juga boleh jana income setiap bulan. Best, kan? Badan sihat, hati pun senang.


Okey. Itu je yang saya nak share hari ni. Lepas ni saya nak edit album kawin adik saya pulak. Jenuh gak nak membuatnya.Haa....lepas ni sapa nak order album kawin ngan saya, silalah ye. hehehe... nanti saya tunjukkan hasilnya bila dah siap. Jeng...jeng...jeng.....


Salam ceria

Rina

No comments:

Post a Comment