Tuesday 20 August 2013

Vitamin E untuk cantikkan kulit.

Ramai orang yang tahu bahawa Vitamin E adalah baik untuk kulit kita, tetapi tidak ramai orang boleh memberitahu apa yang dilakukan oleh nutrien ini secara khusus - vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit kita.

Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, sejenis molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. 
Atom –atom daripada badan kita cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron yang menjadikan mereka stabil. Jika atom mempunyai bilangan ganjil elektron, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit kita terdedah dengan factor-faktor luaran seperti sinar ultraviolet matahari, badan kita boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan elektron tidak sekata. Lalu apabila ia terbentuk di dalam badan kita, ia mencuri elektron daripada sel-sel yang sihat yang membina kulit kita. Ini boleh menyebabkan tindak balas rantai yang merosakkan. Di sinilah letaknya fungsi  Vitamin E untuk meneutralkan kesan oksida radikal bebas ini. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. 


Vitamin E adalah salah satu antioksidan yang paling berkuasa, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Ini bermakna, kita perlu memastikan kita mendapat cukup nutrien ini dalam diet kita. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika kita tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan, boleh membantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan kepada DNA kita. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin E dalam jangka masa panjang juga boleh mengurangkan kesan ‘sunburn’ akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB.  

Vitamin E pilihan saya tentunya daripada Shaklee. Ia dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. Dilengkapi dengan selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee, sila-silalah contact saya ye.

Shaklee Independant Distributor 
ID: 881678 
E-mail: wannorhasrina@gmail.com 
sms|Whatsapp: 0165556425 
FB Page: Health is Energy

No comments:

Post a Comment